Pengerusi Pakatan Rakyat Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kata trend enggan terlibat secara aktif dalam aktiviti politik adalah petunjuk tahap kekecewaan rakyat terhadap PR dan Barisan Nasional.
Pakatan Rakyat (PR) Perak menggesa pemimpin tertinggi PKR, DAP, dan PAS segera mengadakan mesyuarat Majlis Presiden secara tertutup bagi menyelesaikan krisis hubungan antara tiga parti itu yang semakin memburuk, kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Pengerusi PR Perak itu berkata, gesaan itu dibuat berdasarkan beberapa pemerhatian, antaranya majoriti rakyat kini melalui fasa "apathy" politik dan enggan terlibat secara aktif dalam aktiviti politik seperti era tahun 2008 hingga 2013.
Katanya, trend itu adalah petunjuk tahap kekecewaan mereka terhadap PR dan Barisan Nasional (BN).
"Kamu juga memohon supaya Majlis Presiden bermesyuarat secara berjadual dan arahan-arahannya diperturunkan dengan berkesan dan pantas," kata bekas menteri besar Perak itu dalam satu kenyataan hari ini. – 2 Februari, 2015. -
Sumber Komen al-Husseyn : Saya amat setuju dengan kenyataan DS Nizar diatas.
Tetapi saya amat tidak faham kenapa perlunya diadakan satu pertemuan dengan Anwar bagi tujuan merintis jalan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang sudah lama tidak diadakan. Bukankah Anwar senantiasa terbuka untuk mengadakan pertemuan tersebut?
Masalahnya adalah dipihak Hj Hadi sendiri. Tiada masalah kalau Hj Hadi bersetuju untuk berbincang.
Tetapkanlah sahaja tarikh pertemuan itu, nescaya PKR dan DAP akan menyambutnya dengan tangan terbuka. Pakatan Rakyat telah lama ditubuhkan, bukan baru nak ditubuh.Apa agenda Mustafa Ali ni sebenarnya? Ada pra-syarat tertentukah?
Sangat mencurigakan bila beliau memberitahu: "Saya akan bertemu Anwar sehari dua ini untuk membincangkan perkara ini dan ia sudah dimaklumkan kepada sekretariat," Pertemuan beliau dengan Anwar itu bertujuan merintis jalan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang sudah lama tidak diadakan.
Susah sangat ke nak berjumpa?
Seolah-olah baru nak tubuhkan Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.