Tahap penerimaan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh kepada 44% pada Januari
lepas berbanding 48% pada bulan Oktober 2014 kerana ramai yang merasakan
kerajaan bergerak ke arah yang salah dan keadaan ekonomi tidak begitu
baik, menurut tinjauan pendapat terbaru Merdeka Center.
Pengumpul suara bebas itu berkata, tahap penerimaan gabungan pemerintah
Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib kekal pada 38% pada bulan
Januari, sama seperti tinjauan dilakukan pada Oktober lepas.
Akan tetapi bagi Najib, 46% daripada orang yang ditinjau pada Januari 2015 menolak caranya bekerja.
47% yang ditinjau juga merasakan Malaysia "bergerak ke arah yang salah"
sementara 39% mengatakan kerajaan melakukan perkara betul.
Petanda baru BN bakal melingkup pada PRU14
Menurut Merdeka Center,
mereka yang bersikap positif terhadap negara mengatakan sedemikian
berdasarkan keamanan dan keselamatan, keadaan ekonomi dan penyediaan
infrastruktur dan bantuan kebajikan kerajaan.
Bagaimanapun, 38% responden mengatakan mereka "tidak berpuas hati" dengan pencapaian kerajaan dan 5% mengatakan mereka "marah".
Merdeka Center mengatakan, sentimen ini kerana kebimbangan peningkatan
kos sara hidup, keadaan keseluruhan ekonomi dan kebimbangan berhubung
kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada April.
Selain itu, ketidakpuashatian juga disebabkan pentadbiran lemah,
polarisasi kaum yang menyebabkan sikap negatif terhadap kerajaan.
Tinjauan diadakan dari 21 Januari hingga 30 Januari terhadap 1,008
pengundi berdaftar dan menyaksikan kebimbangan utama mereka adalah
keadaan ekonomi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.