Followers

Tuesday, January 13, 2015

Muhyiddin Kata Dia Tak Tahu Menahu Perihal Surat Zahid Kepada FBI

 
KUALA LUMPUR, 12 JAN: Reaksi Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Seri Muhyiddin Yassin seolah-olah tidak tahu mengenai surat Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dalam kes raja judi warganegara Malaysia Paul Phua, sangat menghairankan.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, mustahil TPM dan menteri Kabinet tidak tahu mengenai skandal tersebut, sedangkan ia menjadi tajuk berita utama didalam dan luar negara setiap hari sepanjang minggu pertama tahun ini.

Sedangkan kata Kit Siang, surat Zahid ditarik balik daripada satu perbicaraan di Mahkamah Daerah Nevada, AS selepas Putrajaya membantah ia digunakan untuk pembelaan kes Paul Phua.

“Siapa yang membantahnya daripada digunakan dalam prosiding dimahkamah terbuka? Zahid, Peguam Negara, Polis atau Perdana Menteri sendiri?

“Sekarang kita tahu bahawa orang itu pastilah bukan Timbalan Perdana Menteri atau menteri kabinet yang lainnya,” perli Kit Siang.

Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini berkata kabinet tidak tahu menahu, dan tidak membincangkan sama sekali isu surat Zahid kepada FBI.

Ujar Kit Siang, Muhyiddin dan kabinetnya perlu menerangkan kegagalan mereka menjawab kepada rakyat berhubung skandal tersebut, sekiranya peduli tentang kepentingan dan reputasi negara di persada antarabangsa.

Kit Siang turut menasihatkan Muhyiddin untuk membaca semula kenyataannya Khamis lalu, ‘Adakah perihal surat Menteri Dalam Negeri kepada pihak FBI yang menjamin integriti seorang warga Malaysia yang didakwa ‘raja judi’.

Melainkan sekiranya Muhyiddin dan kabinetnya hidup dalam dunia berbeza berbanding 30 juta rakyat Malaysia kerana langsung tidak tahu mengenai skandal tersebut.

Peguam mewakili Paul Phua, Tan Sri Shafee Abdullah sebelum ini berkata pihak polis telah tersalah lapor mengenai anak guamnya, manakala Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mendiamkan diri dengan alasan pandangannya akan mempengaruhi perbicaraan kes Paul Phua.

Justeru itu kata Kit Siang, sama ada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis Negara perlu memberikan jawapan berhubung isu tersebut, lebih-lebih lagi setiap satu kenyataan daripada mereka sebelum ini, bercanggah antara satu sama lain.

“Dan Muhyiddin pula, bolehkah beliau menjawab kenapa hal tersebut gagal dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet Rabu lalu? soal Kit Siang. – Roketkini.com



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.