Tak
kiralah siapa bagi lesen. Kementerian pelancongan kah, Kementerian
Komunikasi kah, yang pasti korang duduk dalam satu bumbung, duduk bawah
UMNO BN. Masa perhimpunan belia dulu pun ber k-pop juga.Jangan
dok tuding jari kat pembangkang sudah sedangkan UMNO BN yang memerintah
negara.
Segala kelulusan dan kebenaran untuk artis luar negara
mengadakan pertunjukan atau persembahan harus melalui saluran kerajaan.
Korang
jawablah nanti, atas dunia korang bolehlah buat ikut suka tanpa mengira
halal dan haram. Bila dah jadi macam ni cuma nak salahkan remaja. Punca
utama berlaku kejadian langsung tak ambil kira.
KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri
Nazri Aziz enggan mengulas isu konsert K-Pop yang menggemparkan negara apabila
gadis Melayu dicabul artis ketika program tersebut Sabtu lalu.
Menurut beliau, soalan tersebut sesuai diajukan kepada pihak
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana aktiviti tersebut berkait
rapat dengan bidang kuasa kementerian itu.
“Itu kena tanya Kementerian Komunikasi, kerana mereka yang
mengeluarkan lesen untuk membenarkan artis luar negara untuk datang,” jelas
beliau.
Terdahulu beliau merasmikan majlis Mesyuarat Pengarah
Pelancongan Malaysia Luar Negeri di Hotel Shangri-La.
Pada masa sama, Nazri berkata, kementerian beliau akan
mengambil tindakan untuk membaik pulih kawasan pelancongan yang terjejas akibat
banjir.
“Kita akan ambil tindakan selepas banjir, selepas itu kita
akan membuat audit, apakah barang-barang pelancongan yang rosak yang memerlukan
bantuan kita,” katanya.
Jelas beliau, pihaknya juga akan memaklumkan
kepada Kementerian Kewangan menganai jumlah kos. FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.