Followers

Thursday, December 25, 2014

Risaukanlah Berapa Banyak YG Dibelanjakan & Apa YG Dibincangkan.

 

Lantak dia la nak main golf sekalipun. Itu apa yang aku fikir. Najib sekarang kena kritik kaw2 disebabkan tidak tangguh atau hentikan sebentar aktiviti harian dia disebabkan musibah banjir yang melanda di beberapa buah negeri. Yang paling teruk terjejas ketika ini ialah di Kelantan. Yang terkini kita dapat tahu air telah mula naik dan memasuki hospital Kota Bharu beberapa jam yang lepas. Dan menurut Harian Metro, Kota Bharu mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk tenggelam buat beberapa hari disebabkan paras air di sungai Kelantan semakin tinggi.

Keadaan kritikal di Kuala Krai akan semakin kritikal. Dan sekarang Kota Bharu berdepan dengan risiko yang sama. Manakala Johor kini dalam persiapan dan persediaan menghadapi musim banjir di negeri itu apabila jabatan kaji cuaca meramalkan beberapa tempat di Johor akan berhadapan dengan situasi yang sama. Fenomena ini digelarkan oleh mereka sebagai full moon. Satu fenomena yang mana bulan berada dekat dengan matahari. 

Netizens marah. Mereka melihat gambar Najib bermain golf sebagai tidak peka. Which is aku juga mempunyai anggapan yang sama. Tapi setakat itu je la. Ooo malaon neh p main golf rupanya.

Hmm.. dia main golf. 

1. Kenapa dia main golf dengan Obama?

2. Apa yang mereka bincangkan, rancangkan, persetujui, atau bahaskan ketika permainan tersebut berlangsung?

3. Kenapa di Hawaii?

4. Ada pertemuan sulit atau ada agenda apa?

5. Rosmah p sekali tak?

6. Berapa perbelanjaan kali neh? Guna duit rakyat atau duit Najib?

7. Ada guna pesawat peribadi kah? Berapa kali? Berapa kadar sewa? Siapa tanggung?

8. Selepas Hawaii ke mana Najib?

9. Dan, Obama je ke yang Najib jumpa? Atau.. ada pihak2 lain?

10. Kenapa Obama sanggup turun ke Hawaii untuk jumpa dan bermain golf dengan Najib?

11. Kenapa ia dilaporkan oleh Washingthon Post dan wartawan dibenarkan berada berdekatan untuk membuat liputan?

12. Apa sebenarnya permainan Amerika disini dan bagaimana permainan tersebut boleh memberikan kesan kepada Malaysia?

13. Adakah nak mengambarkan Malaysia sekutu Amerika?

Nampak tak bagaimana sel2 saraf konspirasi aku berhubung dan memikirkan pelbagai kemungkinan2 yang lain selain dari memikirkan eh Najib kau tak prihatin ek? Tak turun ke kat tempat2 banjir dan bantu2 rakyat sebaliknya kau sibuk main golf aje kan?

Batang tubuh Najib itu tak penting secara kehadiran. Ini point aku. Turunnya Najib, then bersepah2 wartawan tangkap gambar dan FOBN sebar lepas tue kena puji bagai.. ini ke yang korang semua mahukan?

Ini berlaku setiap kali setiap waktu bila Najib turun di tempat2 musibah.

Yang penting ialah perkara yang dia putuskan untuk membantu mangsa banjir. Bukan kehadiran dia secara batang tubuh. Seperti Azmin Ali. Dia mahu berikan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan. Seperti LGE. Dia juga mahu berikan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan. Selangor dan Pulau Pinang, walaupun tanpa kehadiran batang tubuh Azmin dan LGE (kerana berada di luar negara), tetap boleh membantu melalui keputusan2 yang mereka buat.

Kalau pun Najib datang cuci longkang, cuci itu, cuci ini, naik bot, makan dengan rakyat, duduk bersila, orang2 yang kutuk Najib main golf juga akan mengutuk Najib yang melakukan perkara itu. Ia adalah NAJIB yang kita BENCI sampai dia buat apa pun, kita tetap mahu dan akan rasa MELUAT. Mari la kita jadi jujur dengan diri kita. Okay?

So. Aku tak hmm oke. Lantak ko la nak main GOLF. Asalkan kau dah buat keputusan2 yang mana keputusan2 kau itu berperanan membantu mangsa2 banjir. Dan, 13 perkara yang tergambar dalam otak aku seperti di atas, itu yang aku fikirkan sekarang bila aku tengok gambar Najib main golf disebarkan oleh ASTRO AWANI.


Aku risau. Aku risaukan tentang sesuatu komplot, perjanjian ataupun agenda yang membabitkan Malaysia dengan Amerika. Aku risau berapa banyak duit rakyat agaknya yang Najib balon untuk melakukan aktiviti tersebut. Dan aku risau, mana Rosmah, mana Rosmah? Aku tak nampak pun mama angkat kesayangan aku neh. Dia p shopping kat Hawaii ke apa neh woi? Ini, yang aku benar2 risau.

Bai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.