Marilah kita berbicara lagi soal bencana banjir yang melanda negara pada masa ini. Saya ingin fokuskan lagi kepada negeri kelahiran saya, Kelantan Darulnaim. Dengan air masih naik dan semua bandar utama sudah dijamahi air, dan kini paling teruk di Kota Bharu, masyarakat umum sudah majmuk mengatakan banjir kali ini adalah teruk, parah dan tragis.
Hosptal dimasuki air. |
Mustapa Mohamed satu-satu menteri dari Kelantan pula mengatakan darurat tidak perlu diistyharkan kerana keadaan masih terkawal.
Balai polis digenangi air. |
Stadium air masuk main bola. |
Soalnya kenapakah susah sangat untuk mendarutkan Kelantan. Saya membuka protal bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan membaca definiasi darurat. Kata definasi itu darurat ialah;
"Suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan Negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif. (Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana - Semakan 2012).
Dengan memahami definasi berkenaan apa yang berlaku di Kelantan ini
sudah lebih daripada cukup dalil-dalilnya dan pantas untuk diistyharkan
darurat. Keadaan di Kelantan kini memerlukan gembelangan tenaga
ekstensif. Nah, apa lagi yang ditunggu dan apa lagi yang
dinanti-nantikan. Semua jalan utama menerusi darat ke negeri itu sudah
terputus. Hanya jalan udara sahaja satu-satu yang dapat digunakan.
Pendudik negeri Kelantan kini seperti berada dalam sebuah pulau di
keliling lautan kesukaran dan kepedihan.
Klinik dipenuhi air. |
Kemudahan lain juga eleterik, air paip dan telefon juga terganggu dan
sesetengah kawasan bergelap sejak beberapa malam lalu. Mereka yang
dikepong oleh banjir hidup persis dalam gua baru yang tidak mendapat
apa-apa akses daripada luar.
Hadapan hospital Raja Perempuan Zainab II |
Apabila semua bandar tenggelam banyak rumah hanyut musnah, dan mangsa
tidak dapat menyelamatkan harta benda, bukankah itu sudah menjelaskan
akan berlaku kehilangan harta benda awam. Keadaan air yang deras, naik
mendadak dan melimpahi ke segenap ruang yang tidak disangka-sangka
menyebabkan manusia tidak berkupayaan lagi untuk menanganinya dengan
kudrat yang ada.
Dengan kapasiti kemudahan yang dimiliki oleh kerajaan Kelantan tidak
mungkin ia dapat menanagni musibah itu yang melanda di semua jajahan.
Kepentingan
apabila darurat diistyharkan, membolehkan semua agensi kerajaan akan
tertumpu kepada banjir di Kelantan. Ia memberi sokongan padu daripada
semua pihak. Sudah pastilah apabila semua agensi membantu
masalah-masalah ketidakcukupan bekalan makanan dan peralatan harian
untuk mangsa tidak akan berlaku. Dengan adanya pengistyharan darurat
peruntukan khasnya dapat disalurkan ke Kelantan.
Saya benar-benar tidak memahami sikap dua pemimpin politik Kelantan itu,
Mustapa Mohamed dan Ahmad Yaakob. Apakah mereka jenis "gong". Masih
berdegil untuk mengatakan keadan banjir di Kelantan masih terkawal.
Apakah dengan jumlah kematian (setakat 16 Disember 2014) hanya tiga
mangsa sahaja maka ia menghalalkan untuk mengatakan banjir masih
terkawal?
Ukuran dari segi mangsa (kematian) itu tidak tepat dan relevan pada masa
ini. Mungkin musibah kematian berkurangan atau tidak berlaku sama
sekali kerana cara berfikir orang ramai kini tidak seperti dahulu.
Mereka pantas menyelamat diri dengan mengutamakan nyawa dari
segala-galanya. Tetapi kelemahan dan kesusahan lain dihadapi mangsa
banjir perlu dilihat sebagai kritikalnya keadaan bencana itu. Kehilangan
dan kemusnahan harta benda mereka harus diodit dengan akal waras.
Pandangan Naib Presiden Pas, Husam Musa dalam melihat banijir di
kelantan pada masa ini adalah tepat. Menurutnya banjir di Kelantan
kritikal. Beliau tidak menyatakan perlunya pengsytiharan darurat tetapi
"kritikal" yang disebut itu menuju ke arah itu. Ertinya Ahmad Yaakob
tidak perlu berfikir panjang untuk bertindak ke arah itu demi kesenangan
rakyat. Bukan bermakna apabila rumah MB itu sendiri tenggelam maka ia
boleh dijadikan sandaran memaafkan tindakan lembab pentadbirannya.
Apakah
Ahamd Yaakob dan Mustapa Mohamed berkeras kerana hendak menunjukkan
keupayaan mereka mampu menangani masalah banjir di Kelantan. Jika
darurat diistharykan maka ia memberi pukulan dan maruah mereka sebagai
pemimpin utama tercabar kerana tidak dapat menguruskan bencana secara
sendirian?
Kalau itu pandangan dan cara berfikir adalah salah. Dalam situasi
sekarang bukan masa untuk bermain politik. Ahmad (Pas) dan Mustapa
(Umno) tidak perlu menujukkan kekuatan masing-masing. Kedua pihak perlu
pasrah untuk menerima takdir Allah dan biarlah urusan dan usaha
mengatasi banjir itu dilakukan secara kolektif dengan bantuan Pusat
sepenuhnya. Banjir atau bencana alam mana-mana sekalipun pun tidak wajar
diwajahkah dengan warna politik.
Gambar keadaan Kota Bharu
Sekejap tadi saya memantau gambar-gambar yang dipostkan oleh facebooker
dalam wall masing-masing mengenai kedudukan dan suasana banjir di bandar
Kota Bharu. Melihat kepada gambar-gambar itu memberi gambaran Kota
Bharu kini adalah kota tenat dilanda banjir. Semua institusi awam,
hispotal, balai polis, klinik, hotel, stadium, sekolah sudah dimasuki
air. Tidak ada ruang di Kota Bharu yang tanpa air.
Apa yang berlaku disifatkan ramai sebagai paling teruk dan paling buruk.
Dengan lumpuhnya Kota Bharu ini bermakna aktiviti seharian masyarakat,
pergerakan ekonomi, sosial dan sebagainya sudah mati. Bukankah suasana
ini telah menenuhi syarat untuk diistyharkan darurat seperti
didefinasikan dalam pernyataan di atas?
Berikut saya postkan gambar susana di Kota Bharu yang saya ambil dari facebook sdr Zuridi Mohamed Zain
dengan izinnya dan sekeping gambar dari facebook Hashim Omar. Saksi dan
tafsirlah sendiri menerusi gambar-gambar ini apakah banjir di Kota
Bharu masih terkawal dan darurat tidak perlu diistyharkan kerana hendak
menjaga maruah politik yang tidak sepatutnya dijaga. Kita semua jangan
jadi "gong" sangat. [wm.kl.1:24 pm 25/12/14]
Sungai Kelantan melimpah ruanh. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.