Followers

Monday, December 1, 2014

Pensyarah Kontroversi Buat Onar Lagi?

 
Pemimpin bukan Melayu menjadikan Barisan Nasional (BN) dan PKR sebagai platform untuk terus berkuasa dalam arena politik tanah air, kata Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Pensyarah kontroversi itu berkata PKR digunakan pemimpin bukan Melayu untuk menerajui kepimpinan negeri manakala parti komponen menggunakan BN untuk kekal berkuasa di Semenanjung Malaysia.

"Seperti Barisan Nasional (BN), bukan Melayu menggunakan PKR sebagai batu loncatan untuk mendapat kerusi dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dalam negeri yang ditawan.

“Sama seperti parti komponen BN. Kemenangan mereka di Semenanjung bergantung kepada undi Melayu,” katanya menerusi rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, Ridhuan Tee berkata PKR juga tidak akan mampu bertahan lama dalam arena politik tanah air jika presiden parti itu diterajui pemimpin bukan Melayu.

“Jika PKR yang didewakan sebagai parti untuk semua kaum, saya cadangkan mereka memberi laluan bukan Melayu untuk menjadi presiden selepas ini. Saya yakin parti ini akan terkubur," katanya.

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu turut mempersoalkan tindakan sesetengah orang Melayu yang sanggup memberikan undi kepada DAP walaupun jelas parti itu meminggirkan mereka.

“DAP, walaupun mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum, hakikat sebenar tidak. Itu hanya strategi untuk mengaburi dan memenangi hati orang Melayu dan secara halus meminggir dan menyingkirkannya,” katanya. 
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.