Tidak
tahulah samada nak percaya atau tidak muka si Jazlan nih, mana tidaknya
kalau benarlah sekiranya beras ini adalah beras lebihan semasa kempen
PRU13 memang menipu besarlah lau kau Jazlan.
Sebelum
PRU13 MP Machang ialah saifuddin Nasution daripada parti PKR. Jazlan
hanya calon baru bagi Parlimen Machang pada PRU13 yang lepas.
Jadi
apa kejadahnya yang kau begitu perasan dan berani mencetak beras dengan
muka kau dan atas nama AHLI PARLIMEN MACHANG. Siap ada pusat khidmat
masyarakat Parlimen Machang walaupun belum menang lagi bertanding.
Aik
belum menang dah declair MP Machang ???, agak-agaklah kalau nak bohong.
Terimalah hakikat yang korang memang tampal dan cetak muka korang dan
logo BN serta logo 1 Malaysia dalam misi bantuan banjir kali ini. Korang
bacalah apa yang Jazlan ni merapu dalam Malaysia Kini dan FB beliau.
MP Machang Ahmad Jazlan Yaakub berkata kampit beras yang
bercetak wajahnya adalah baki daripada kempen pilihan raya umum ke-13.
Ketua Umno Machang itu menempelak mereka yang menuduhnya
melambatkan bantuan banjir kerana mahu wajahnya dan logo BN dicetak pada kampit
beras yang diagihkan itu.
"Dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh. Jawablah
di akhirat nanti. Jangan parti saja nama Islam tapi amalan tak ikut," Ahmad
Jazlan menulis dalam huruf besar di laman Facebooknya.
"Bila bencana berlaku pada hari 1 & 2, keadaan
bekalan tak cukup, saya keluarkan semua stok 500 kampit untuk diagihkan segera.
"Bukan musim nak berpolitik. Ini misi kemanusiaan tanpa
mengira bangsa," tegasnya. M Kini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.