Followers

Monday, December 29, 2014

Cikgu Zuraini Halau Sukarelawan Dari Sekolah

 

Kota Bharu – Pasukan sukarelawan yang membantu menyediakan makanan dan minuman kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI), Kelantan berkata mereka ‘diarahkan keluar’ oleh seorang guru, kerana mendakwa tugas tersebut bakal digantikan pihak lain.

Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, arahan tersebut dikeluarkan oleh seorang guru sekolah tersebut yang dikenali sebagai Zuraini Ariffin .

Kejadian tersebut kata wakil rakyat PAS itu berlaku pada pukul 8:30 malam (27 Disember 2014).

“Pasukan sukarelawan tersebut tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah itu atas alasan akan ada pihak lain yang bertanggungjawab mengambil alih tugas mengagih makanan, minuman termasuk keperluan.

“Tujuan surat ini adalah sebagai rasa tanggungjawab kami supaya langkah kami keluar atas arahan pihak SMKSI (melalui Cikgu Zuraini) tidak disalahtafsirkan oleh mana-mana pihak,” kata Takiyuddin menerusi suratnya kepada pihak sekolah yang menjadi viral di laman sosial facebook dan Whatsapp.

SMKSI merupakan pusat pemindahan yang menempatkan lebih kurang 2,500 mangsa banjir di kawasan tersebut.

Takiyuddin yang pastinya kecewa dengan tindakan guru berkenaan menegaskan tidak akan bertanggungjawab terhadap aduan daripada mangsa banjir pada masa akan datang.

“Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya ada aduan mangsa tidak mendapat makanan atau minuman mulai pagi esok (28/12/2014) sehingga seterusnya.

“Pihak Cikgu Zuraini perlu bertanggungjawab atas segala makan minum mangsa banjir di SMKSI mulau makan pagi (28/12/2014) sehingga seterusnya,” ujarnya. – AntaraPos


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.