Rupanya
semasa mereka (Saari dan Hasnul) dicemuh serta dicop sebagai broker dan
barua oleh tuang presideng, PAS belum lagi mendapat penjelasan dan
sebab dari dua orang ini rupanya.
Huh pemimpin yang hebat....macam ayah yang ego menyebat dulu baru tanya dan siasat anak-anak yang disebat
Kuncu-kuncu di bawah yang punya otak kontot tu biasalah. Bukan boleh buat kira ada yang wala' melulu dan ada juga kaki ampu.......
Saari Sungib ketika tampil bersama Adun PKR dan DAP memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2014.
Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharudin bertindak menandatangani SD bagi menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon MB Selangor pada 14 Ogos lalu
.
Huh pemimpin yang hebat....macam ayah yang ego menyebat dulu baru tanya dan siasat anak-anak yang disebat
Kuncu-kuncu di bawah yang punya otak kontot tu biasalah. Bukan boleh buat kira ada yang wala' melulu dan ada juga kaki ampu.......
Saari Sungib ketika tampil bersama Adun PKR dan DAP memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2014.
Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharudin bertindak menandatangani SD bagi menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon MB Selangor pada 14 Ogos lalu
.
Ekoran itu,
beliau dikecam sebahagian pemimpin PAS dengan melontarkan pelbagai
panggilan, termasuk pengkhianat, melompat ke parti lawan, munafik,
dilaknat Allah dan penyangak.
Dewan Ulama PAS
Selangor meluluskan usul agar beliau dikenakan tindakan tatatertib,
manakala Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat mahu beliau
dipecat kerana mengkhianati parti.
Petang Isnin,
Saari dan Hasnul dipanggil Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bagi
menjelaskan tindakan mereka itu, sebagai prosiding awal tindakan
tatatertib terhadap mereka berdua.
Mereka berdua
ke Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan menemui Mustafa
dan Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Takiyudin Hassan.
Saari menjelaskan, beliau tidak pernah berbincang dengan Hasnul dalam tindakannya menyokong Dr Wan Azizah sebelum ini.
"Saya hanya mengetahui Hasnul bersama saya ketika kami sama-sama ke pejabat peguam untuk menandatangani SD itu," kata Saari.
"Apa yang ada
dalam fikiran saya ketika mengambil tindakan itu adalah untuk
menyelamatkan kerajaan PR selepas Khalid mendakwa beliau mempunyai
majoriti dan tidak mahu meletak jawatan apabila diputuskan partinya agar
berbuat demikian.
"Tindakan
pantas adalah kritikal. Saya hanya ingin menafikan kenyataan Khalid.
Secara teknikalnya, sokongan perlu dipindahkan kepada seorang Adun lain
pada masa itu, iaitu Dr Wan Azizah," kata Saari.
Ketika itu,
kata Saari, PAS belum membuat sebarang keputusan rasmi dan beliau
sebagai Adun PAS di Selangor tidak menerima arahan mengenainya.
Beliau berkata
keputusannya dibuat selepas memikirkannya "secara mendalam" dan
memastikan tidak ada arahan PAS dalam keadaan Khalid mengatakan dia ada
sokongan majoriti.
"Tindakan saya
itu hanya untuk menyelamatkan kerajaan PR," katanya, merujuk beberapa
krisis sebelum ini termasuk kejatuhan kerajaan PR di Perak.
Tindakan
menyokong Dr Wan Azizah juga sesuai dengan resolusi Muktamar PAS sebelum
ini yang memutuskan agar PAS memperkasakan PR, kata Saari.
Mesyuarat
Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos selepas itu memutuskan untuk
mencalonkan Dr Wan Azizah dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon MB.
Saari hanya
menyedari tindakan beliau tidak disenangi sebahagian pemimpin PAS
termasuk di kawasan beliau sendiri, Gombak, selepas sidang media
memaklumkan beliau menandatangani SD itu pada 14 Ogos.
"Saya terima pelbagai tohmahan dan cercaan termasuk gelaran broker dan barua serta tuduhan dicuri dan dibeli.
“Yakin dengan apa yang saya lakukan, insya Allah semua kata-kata nista dan celaan tersebut saya harapkan akan dijadikan Alalh sebagai pahala dan ganjaran bagi saya,” kata Saari syahdu.
“Yakin dengan apa yang saya lakukan, insya Allah semua kata-kata nista dan celaan tersebut saya harapkan akan dijadikan Alalh sebagai pahala dan ganjaran bagi saya,” kata Saari syahdu.
Apa yang dirasai oleh Saari turut dirasai oleh isterinya Aliza Jaafar dan anak mereka.
Bagi Aliza (gambar, kiri), apa yang dilakukan ahli PAS lain terhadap suaminya adalah tidak wajar.
"Menjadi satu
dosa memutuskan ukhuwwah yang dibina bersama-sama sejak sekian lama.
Saya juga ahli Muslimat PAS dan aktif bersama mereka sebelum ini,"
katanya yang sebelum ini terpaksa berpisah dengan suaminya yang
meringkuk dua tahun di Kem Tahanan Kamunting.
Saari ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Ketika ditanya
kenapa baru sekarang beliau bersedia bercakap dengan wartawan secara
rasmi, Saari berkata: "Kami mahu isu perlantikan MB Selangor selesai
dahulu. Begitu juga pilihan raya kecil Pengkalan Kubor. Kini semua telah
selesai dan saya pun akan bertemu dengan pimpinan PAS bagi berbincang
mengenainya."
Jawatankuasa
PAS Pusat dijangka mendengar laporan Setiausaha Agung PAS mengenai Saari
dan Hasnul dalam mesyuaratnya yang akan datang. – 2 Oktober, 2014
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.