1. UAE: RM1.22
2. Bahrain: RM0.89
3. Qatar: RM0.72
4. Kuwait: RM0.69
5. Libya: RM0.46
6. Arab Saudi: RM0.39
7. Iran: RM0.36
8. Nigeria: RM0.33
9. Turkmenistan: RM0.26
10. Venezuela: RM.016
Ini
harga lebih kurang kalau lari pun tak banyak, negara arab mana yang
dimaksudkan Mahathir nih admin pun tak pasti. Malaysia punya minyak
paling quality sekali di dunia dan paling mahal tapi rakyat dapat apa???
harga minyak tinggi.
Sudah-sudahlah
membohongi rakyat Tun Mahathir oi, kesianlah kat Tun orang gelar
macam-macam, mabuk ketum ada, nyanyuk ada, berehatlah pasti terbaik
untuk Tun.
MKini : Pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20sen berkuat
kuasa hari ini disifatkan wajar bagi mengelak berlakunya ketirisan dan
penyelewengan bahan subsidi itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Beliau berkata jika subsidi tidak dikurangkan, bahan bakar
itu akan berterusan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan
menerusi kegiatan penyeludupan ke luar negara terutamanya di kawasan sempadan.
"Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang
keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh
jual murah? Itu yang orang curi minyak kita.
“Hari-hari orang curi," katanya kepada pemberita
selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di
Abad Ke-21, Zaman Digital" di Kolej Wadi Sofea di Kota Baharu, Khamis.
Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof
Datuk Dr Raduan Che Rose dan Pengetua Kolej Wadi Sofea Datuk Hassan Harun.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan pada Rabu mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan
sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi Khamis.
Harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter
dan diesel RM2.20 seliter.
Dr Mahathir berkata pengurangan subsidi minyak itu tidak
boleh dikaitkan sebagai faktor utama berlakunya kos peningkatan sara hidup.
"Kos mesti meningkat sepanjang masa. Kita tidak boleh
minta gaji dinaikkan dan kos diturunkan. Gaji minimum pun sudah naik kepada
RM900. Kos untuk mengeluarkan barang meningkat kerana gaji dinaikkan,"
katanya.
Sementara itu ketika diminta mengulas pergolakan politik di
Selangor, Dr Mahathir berkata Umno Selangor perlu bangkit semula dan perlu
berbuat sesuatu.
Secara sinis, Dr Mahathir berkata: "Saya sedih terdapat
pergolakan dalam Pakatan (Rakyat) namun tidak nampak Umno dapat nikmat.
"Apa jadi pada Umno? Umno pun lemah dan tidak boleh nak
pulih semula, nak jadi kerajaan di Selangor. Apa jadi? Dulu kita menguasai
Selangor tetapi orang berpecah pun kita tidak ada peluang," katanya.
Tikaqbuloh.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.