Followers

Friday, October 31, 2014

KEPELIKAN TERUS BERLAKU DALAM MAHKAMAH, ISNIN INI KITA BERKUMPUL

 HARI ke empat hari ini perbicaraan kes rayuan Fitnah Liwat II ke atas DS Anwar Ibrahim.  
 
Ada isu lama dan tak kurang juga ada cerita baru yang telah dibongkar di dalam mahkamah sepanjang perbicaraan.  


Aku tertarik dengan kisah seluar dalam Sepol.  Ceritanya seperti yang diulas oleh peguam dari PAS, YB Hanipa Maidin adalah kisah umpama "seluar dalam A" dan "seluar dalam B".  Seluar dalam A adalah seluar dalam yang dipakai oleh Sepol sewaktu kononnya beliau diliwat oleh seorang insan tua bernama Anwar.  
 
Seluar dalam B pula adalah seluar dalam yang dipakai oleh Sepol sewaktu beliau membuat laporan Polis mengaku dirinya diliwat secara paksa oleh Anwar dua hari selepas kejadian kononnya berlaku.  

Kita jangan lupa, Sepol ada menceritakan dalam mahkamah seluar dalam beliau ada tertinggal di rumah tunangnya.  Seluar dalam itu adalah seluar dalam A yang katanya telah dibasuh oleh ibu tunangnya.  Kelakar tak, ada insan yang sanggup suruh ibu tunang (bukan bini) untuk basuh seluar dalam?  
 
Kelakar tak, Sepol sanggup simpan bukti DNA dalam bontotnya selama dua hari tanpa dicuci bontot, tahan untuk buang air besar, tak cuci bontot walaupun mandi hadas besar untuk Solat, tetapi boleh buang kesan DNA pada seluar dalamnya?  Seluar dalam A itu dicuci maka hilanglah kesan bukti.  
 
Mengapa dicuci jika Sepol memang berniat untuk simpan bukti?  Dalam bontot susah payah dia simpan, seluar dalam tidak mahu simpan?  Pelik, kan?

Pelik lagi ajaib, dikatakan bukti DNA (sperma) boleh ditemui pula pada seluar dalam B iaitu seluar dalam yang dipakai oleh Sepol sewaktu membuat laporan Polis dua hari selepas kejadian.  
 
Kelakar, seluar dalam yang dipakai sewaktu diliwat tiada kesan sperma, tetapi seluar dalam yang tidak dipakai sewaktu kejadian liwat boleh ada kesan sperma.  Itulah di antara keajaiban yang berlaku dalam setiap kes yang menimpa Anwar.

Jika dalam kes fitnah Liwat I dulu, pertuduhan dipinda 3 kali kerana tarikh kejadian tidak tepat. Anwar dituduh meliwat Azizan Abu Bakar di dalam kondo yang waktu itu belum pun siap dibina. 
 
Maka, tarikh kejadian di dalam pertuduhan itu dipinda.  Kali ini isu seluar dalam pula menjadi pelik.  Itu belum dikira beberapa cerita lain.  
 
Cerita jumpa Najib kononnya untuk mohon biasiswa walaupun waktu itu Sepol telah berhenti belajar.  
 
Cerita bagaimana begitu mudahnya sepol dapat jumpa Najib di rumahnya tanpa ada temujanji seperti kelaziman orang biasa.  Kena rogol atau liwat, mengadu pada PM?  Pelik, bukan?

Apa pun kita harap rakyat celik mata tentang fitnah jahat dan jijik ini.  Hari ke empat hari ini, kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu benar-benar menunjukkan tidak semua pimpinan PR yang hilang fokus melawan kezaliman.  YB Kamarudin Jaafar juga hadir hari ini.  
 
Sebelum ini, YB Khalid Samad, Hanipa, Saari Sungip, Suhaizan Kayat (Ketua Pemuda PAS), Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar, Mujahid dan beberapa yang lain telah hadir.  Terima kasih kepada mereka kerana sedar ini bukan isu Anwar tetapi ini simbol kezaliman oleh rejim.

Jangan lupa, penuhi dataran Mahkamah Kehakiman Putrajaya pada hari Isnin ini nanti.  Takdir bakal menentukan "Rakyat Hakim Negara" .


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.