Followers

Friday, October 31, 2014

Jangan Lupa Diri - Ingat Semasa Kamu Susah Dulu.....




Admin tidak faham motif penubuhan kilang ini, adakah kerana ianya nak ditubuhkan di negeri pembangkang Selangor bagi menunjukkan Islamnya kerajaan atau cuma nak jadikan publisiti semata-mata. 

Memang ianya perkara baik tetapi adalah lebih baik kalau kerajaan mewarkan-warkan kempen membaca Al-Quran sepanjang zaman.

Sedangkan Al-Quran pada hari ini sudah cukup mudah untuk diperolehi di hampir setiap negeri. 

Yang menjadi masalah umat kita hari ini, Al-Quran hanya menghiasi almari-almari di rumah-rumah mahupun di masjid-masjid, tetapi yang membacanya semakin kurang dari hari ke hari hingga akhir zaman.

Kerajaan hari ini bukannya nak ikut Islam sangat pun tapi bila bab nak membina masjid, membina kilang Al-Quran duduk dihadapan kononnya nak nampak baik dimata masyarakat sedangkan hakikatnya dalam sistem pentadbiran sendiri pun penuh dengan perkara haram.


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Baling (BN) , Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menyelar tindakan Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Abdul Samad yang mengutuk usaha pihak kerajaan membina kilang percetakan Al-Quran di Putrajaya.

Menurut laporan UMNO BNBBC, Azeez berkata tindakan Khalid amat memalukan. Sepatutnya beliau (Khalid) bangga dan bersyukur dengan usaha murni yang ingin dilakukan oleh kerajaan lebih-lebih lagi Selangor negeri yang ditadbir pembangkang tidak mampu membina kilang seumpama ini yang menjadi satu lagi sejarah dunia.

“Bila saya bangkitkan isu Al-Quran, Datuk yang DiPertua (Timbalan Speaker) pun tak ganggu ini pula Shah Alam. Muka macam ulamak tapi perangai macam ular dalam semak yang mengganggu. Malulah sikit. Ini pun (kilang Al-Quran) Ahli Parlimen Bintulu boleh sokong.

“Sepatutnya Ahli Parlimen Ipoh Barat (M. Kulasegaran a/l V. Murugeson, DAP) yang bangkang,” katanya ketika membahaskan rang undang-undang Bajet 2015 di Dewan Rakyat, semalam.



Tindakan Khalid juga ditempelak Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Tiong King Sing kerana Khalid berlagak seperti ulamak sedangkan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah pernah murka kepada Khalid apabila mempertikai tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung isu rampasan bible. Sumber

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.