Memang mengemparkan,satu kejadian curi motorsikal
telah berlaku pada hari Khamis 24 hb yang lalu di Telok Bakong.
Kejadian
yang berlaku dihadapan pemilik motorsikal dan isterinya itu adalah suatu
yang tidak disangka.
Pemilik motorsikal telah meletakkan motornya
dihadapan rumah dan kemudian berihat dengan isterinya didalam rumah.
Tiba
tiba seorang pemuda yang menaiki basikal telah mengambil motorsikal
tersebut dan meninggalkan basikalnya.
Pemuda itu juga sempat melambai
kepada pemilik dan isterinya yang terpinga-pinga itu.
Kejadian sebegini sudah semakin menjadi tidak
asing di kampung ini,kerana dikawasan kejiran ini telah belaku kejadian
ragut dan curi kereta.
Terjadi peristiwa yang tidak disangka ini telah
mencemaskan penduduk terutamanya warga emas.Suatu skim atau mekanisme
perlu dibentuk untuk mengekang permasalahan ini.
Dirasakan perkara yang
melibatkan isu isu keselamatan ini,Pihak Rela atau JPAM boleh memainkan
peranan dengan mengaturkan anggota anggota untuk mengadakan rondaan dan
kawalan.Anggota anggota ini mestilah diberi elaun seperti yang telah
ditetapkan.
Skim Rukun Tetangga adalah tidak efektif kerana ianya
menjejaskan produktiviti rakyat kerana perlu berjaga malan untuk membuat
rondaan dan kawalan.
TBO
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.