Saturday, September 27, 2014

Curi Motor Siang Hari Di Telok Bakong ?


                   
Memang mengemparkan,satu kejadian curi motorsikal telah berlaku pada hari Khamis 24 hb yang lalu di Telok Bakong.
 
Kejadian yang berlaku dihadapan pemilik motorsikal dan isterinya itu adalah suatu yang tidak disangka.
 
Pemilik motorsikal telah meletakkan motornya dihadapan rumah dan kemudian berihat dengan isterinya didalam rumah.
 
Tiba tiba seorang pemuda yang menaiki basikal telah mengambil motorsikal tersebut dan meninggalkan basikalnya.
 
Pemuda itu juga sempat melambai kepada pemilik dan isterinya yang terpinga-pinga itu.

                    
                     
  Kejadian sebegini sudah semakin menjadi tidak asing di kampung ini,kerana dikawasan kejiran ini telah belaku kejadian ragut dan curi kereta.
 
Terjadi peristiwa yang tidak disangka ini telah mencemaskan penduduk terutamanya warga emas.Suatu skim atau mekanisme perlu dibentuk untuk mengekang permasalahan ini.
 
Dirasakan perkara yang melibatkan isu isu keselamatan ini,Pihak Rela atau JPAM boleh memainkan peranan dengan mengaturkan anggota anggota untuk mengadakan rondaan dan kawalan.Anggota anggota ini mestilah diberi elaun seperti yang telah ditetapkan.
 
Skim Rukun Tetangga adalah tidak efektif kerana ianya menjejaskan produktiviti rakyat kerana perlu berjaga malan untuk membuat rondaan dan kawalan.

TBO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.