Ahli perlu terima keputusan kepimpinan tertinggi
PEKAN - Semua ahli Umno perlu bersatu dan menerima setiap keputusan
yang dibuat barisan kepimpinan tertinggi bagi mengelak berlaku
perpecahan sehingga melemahkan parti.
Exco Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahaya berkata sebarang masalah dalaman juga perlu diselesai secara baik dengan merujuk kepada kepimpinan tertinggi sebelum membuat sebarang keputusan.
"Sukar untuk Umno meyakinkan mengundi jika masalah dalaman parti sendiri kita gagal atasi sehingga menyebabkan perpecahan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pekan hari ini.
Sementara itu, Pemuda mengemukakan tiga usul, antaranya mendesak agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang sengaja mencetuskan provokasi di laman sosial serta sokongan penuh terhadap pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST). - Bernama

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.