Rasanya Buat Sementara Waktu Anwar Patut
Tutup Mulut!
Adakah Anwar cuba mengambil hati Pemimpin PAS?
Persoalan itu dah tidak relevan lagi sekarang
Mood dan situasi nampaknya sudah berubah......
Persoalan itu dah tidak relevan lagi sekarang
Mood dan situasi nampaknya sudah berubah......
Datuk Seri Anwar Ibrahim
bercakap kepada hadirin di Centre For Reform Democracy & Social
Initiative di Puchong, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider
oleh Nazir Sufari, 30 Ogos, 2014.
Datuk Seri
Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan beliau merupakan pilihan PAS menjadi
perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih
Putrajaya, mengenepikan cakap-cakap yang parti Islam itu mahu veteran
Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mengisi jawatan itu.
“Walaupun tidak
pernah diumumkan secara rasmi oleh PAS, ke mana sahaja saya pergi, baik
bersama PAS Johor malah juga di Kelantan, atau di depan (Mursyidul Am
PAS Datuk) Nik Aziz Nik Mat, saya didedahkan sebagai calon perdana
menteri pilihan mereka,” kata Anwar.
“Saya tidak
pernah memberi sebarang reaksi, dan itulah yang sebaiknya. Suatu masa
dulu, saya timbalan perdana menteri, kemudian saya dimasukkan ke dalam
lokap dan dipukul. Tidak ada maknanya untuk saya rasa perasan sangat,"
katanya dalam nada bergurau
Ketua Umum PKR
itu berkata demikian apabila ditanya pendirian Pakatan tentang perkara
itu semasa satu dialog anjuran Pusat Reformasi, Demokrasi dan Upaya
Masyarakat di Puchong.
Pada 5 Ogos,
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli memberitahu satu forum, sebelum Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13), pimpinan PAS mahukan Tengku Razaleigh sebagai
calon perdana menteri.
Menurut Rafizi,
satu rombongan pemimpin PAS termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi
Awang, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, timbalan presiden Mohamad
Sabu dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan Anwar
keputusan mereka itu sebulan sebelum PRU13 pada 5 Mei.
Perkara itu
kemudiannya disahkan pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd
Zuhdi Marzuki yang juga mendedahkan Anwar tidak bersetuju dengan
cadangan itu, dan perkara itu akhirnya terhenti di situ sahaja tanpa
sebarang pengumuman.
Anwar hari ini meremehkan bantahan terhadapnya itu, mengatakan ia cuma pandangan "sekumpulan kecil."
"Mungkin ada beberapa kenyataan (tidak bersetuju dengan pencalonan saya) dari satu kumpulan kecil," katanya.
"Seperti juga dalam kongres PKR, di mana akan ada satu atau dua orang perwakilan yang memberi kenyataan (berbeza)."
Sementara itu,
Anwar juga menggesa orang ramai tidak "menghukum" PAS kerana peranan
yang dimainkannya dalam isu krisis menteri besar Selangor, sambil
berkata parti itu banyak membantunya ketika beliau dipenjara pada 1999. –
30 Ogos, 2014.
Posted by mountdweller
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.