Berita pemecatan serta merta Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan sebagai
Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) tidak
mengejutkan tetapi tetap mengecewakan dan tidak wajar.
Penyingkiran secara melulu bertujuan memberi amaran kepada semua ahli
akademik bahawa kebebasan mereka akan berakhir semata untuk
mempertahankan kepentingan UMNO.
Dalam pentadbiran yang rakus ini,
kebebasan mengkritik adalah hak mutlak kepada mereka sasarannya adalah
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atau mereka yang kritikal terhadap
UMNO-BN.
Penghukuman yang cukup pantas ini akan menimpa mereka yang
menyokong apa-apa pandangan atau pendapat yang kelihatan kritikal
terhadap UMNO apatah lagi yang memihak kepada pembangkang.
Nasib yang sama juga telah menimpa pakar ekonomi terkenal Prof Jomo KS,
profesor sains politik Prof Dr P. Ramasamy dan pakar perlembagaan dan
undang-undang Dr Aziz Bari tidak lama dahulu.
Dan hari ini kita lihat ia
menimpa Prof Redzuan yang telah terbukti menunjukkan prestasi akademik
dengan profesional dalam bidang penyelidikan yang menuntut objektiviti
lengkap dan kebebasan.
Amat jelas bahawa keputusan untuk tidak menyambung tempoh Profesor
Redzuan sebagai Pengarah UMCedel amat tidak wajar. Beliau sekali lagi
menjadi mangsa penguasa angkuh yang enggan melihat sarjana bersikap
bebas dan berani.
Saya ingin mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
Dato Seri Idris Jusoh bahawa kuasa pelantikan dan pemecatan bukannya
mutlak dan tindakan terbaru ini bukan sahaja melanggar kebebasan
akademik malah pengkhianatan terhadap harapan rakyat terhadap
peningkatan mutu dan kedudukan institusi pengajian tinggi.
-http://anwaribrahimblog.com
Mimpi Senja
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.