Wisma
Putra berkata ia akan membuat penjelasan esok berkaitan seorang
diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand melakukan
serangan dengan niat merogol.
Rakyat
New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati lelaki
berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita
berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.
Akhbar
di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau negara
asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah melarang
butiran dirinya didedahkan.
Bagaimanapun,
Malaysiakini difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat
Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di
Wellington.
Menteri Luar, Datuk Anifah Aman ketika diminta mengesahkannya,
memberitahu Malaysiakini dalam mesej teks bahawa sidang akhbar mengenainya akan diadakan esok.
Malaysiakini tidak menyiarkan nama lelaki itu sementara menunggu respons rasmi dari Wisma Putra.
Menurut
Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya
atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol,
kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Bagaimanapun, lelaki itu mendapat kekebalan diplomatik dan telah meninggalkan negara itu.
Perdana
Menteri New Zealand John Key mendedahkan pagi ini bahawa kerajaannya
telah menuntut kekebalan diplomatik lelaki itu diibatalkan, tetapi telah
ditolak.
-malaysiakini-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.