Bagi peringkat mahasiswa terutamanya mahasiswa Universiti Malaya
(UM), meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila sekali lagi
gedung ilmu dirobek oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini khabar berita mengenai Prof Datuk Dr Redzuan Othman tidak terpilih sebagai dekan di UM adalah disebabkan umur beliau yang semakin lanjut usia.
Tetapi kali ini apakah alasan yang akan diberikan oleh pihak atasan, berkenaan arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan Dr Redzuan meletakkan jawatan sebagai pengarah usat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) sedangkan kontraknya belum tamat.
Saya sendiri mendapat panggilan terus dari naib canselor Universiti Malaya Datuk Prof Dr Mohd Amin Jalaludin berkenaan isu pelantikan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) di UM.
Saya juga telah meminta maklum balas daripada naib canselor Universiti Malaya sendiri berkenaan isu UMCEDEL ini.
Kami di peringkat kepimpinan mahasiswa berasa amat kesal atas tindakan ini dalam masa saya mengecam pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab atas hal tersebut.
Jika betul pihak KPM dan pegawai tinggi di situ terlibat dalam kejadian ini, saya yakin universiti di Malaysia akan sentiasa bergerak ke belakang seiringan dengan “kebodohan” sesetengah pihak.
Faktor usia
Secara telusnya, Dr Redzuan dikatakan tidak dipilih atas faktor umur beliau yang semakin lanjut usia.
Itu respon yang diterima dari pihak atasan setelah saya meminta sebab dan alasan mengapa jawatan dekan FSSS UM tidak dijawat lagi oleh Dr Redzuan.
Alasan yang diberi sangat tidak masuk akal dan kebudak-budakan. Jika Dr Redzuan rasa dirinya sudah tua dan tidak mampu meneruskan kerja beliau, beliau tidak akan bersetuju dan terhegeh-hegeh untuk bertanding sebagai calon dekan FSSS UM.
Jika umur menjadi ukuran saya fikir pengerusi Senat UM tidak layak untuk menjawat jawatan beliau sekarang, oleh kerana umurnya hampir mencecah 80 tahun.
Jika umur menjadi ukuran saya fikir Tun Mahatir Mohamad juga tidak layak menjawat jawatan perdana menteri sewaktunya berumur 56 tahun. Beliau malah meletakkan jawatan ketika berumur 78 tahun ( pada 2003).
Bagi saya selagi terdaya untuk menyumbang kepada kebaikan, mengapa perlu menidakkan hak beliau?
Untuk pengetahuan semua, sejak FSSS UM bawah kepimpinan Dr Redzuan, pelbagai kejayaan dikecapi.
Dan paling membanggakan, FSSS UM merupakan Fakulti yang kedua terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan.
Dalam masa sama juga beliau mempunyai rekod cemerlang, apabila pernah dinobatkan sebagai dekan terbaik dan cemerlang di UM.
Alasan “kurang cerdik ” sentiasa diberikan untuk menidakkan kelebihan yang ada pada Dr Redzuan.
Itulah sikap rakus sesetengah pihak di UM. Pemilihan Dekan adalah tertakluk kepada budi bicara naib canselor UM dan ia terbukti kepada klausa terakhir polisi pengundian yang dipinda.
Perkara ini pernah dicabar oleh fakulti kejuruteraan. Calon-calon dekan perlu ditemuduga dan melakukan “presentation” di hadapan panel yang terdiri daripada naib canselor dan timbalan-timbalannya selepas pengundian di kalangan ahli akademik di fakulti masing-masing.
Namun, bagi hal ini, mereka yang hadir hanyalah naib canselor, timbalan naib canselor (TNC) hal ehwal pelajar dan TNC pembangunan sahaja. Paling mendukacitakan, undian serta keputusan tidak dipaparkan.
Gedung ilmu dirobek
Di manakah kebebasan akademik di Malaysia? Undi untuk memilih dekan di UM hanyalah sekadar kosmetik sahaja memandangkan bilangan undi yang diperoleh setiap calon tidak pernah diumumkan.
Malah lebih malang lagi dekan tidak semestinya dipilih dari calon yang mendapat undi tertinggi oleh kerana naib canselor tidak berhasrat untuk melantik dekan dari kalangan orang yang berpengaruh atau terkenal.
Pihak KPM dan pegawai kanannya dikatakan mendesak Dr Redzuan untuk meletak jawatan sebagai pengasas dan pengarah Umcedel.
Jika benar apa yang dimaklumkan kepada saya, di peringkat mahasiswa di Malaysia mencabar pihak berkenaan mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai beberapa perkara:
(1) Sebab dan alasan kenapa Dr Redzuan diturunkan sebagai pengarah Umcedel dan dekan di FSSS UM?
(2) Nyatakan pusat kajian yang dimiliki KPM atau kerajaan yang mampu menandingi kualiti hasil kajian Umcedel?
Kajian dari Majlis Profesor Negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian Umcedel . Saya tidak berminat untuk mendengar hujah dan alasan yang “kurang cerdik”.
Saya hormati keputusan yang dibuat oleh Dr Redzuan yang menerima dengan terbuka berkenaan isu itu.
Dalam masa saya juga saya sanjung dan hormat tindakan Solidariti Datuk Saifuddin Abdullah berkenaan isu ini apabila beliau tidak berkhidmat lagi sebagai felo penyelidikan di UM.
Jangan 'sampahkan' universiti
Sistem pendidikan di negara kita perlu dirombak, saya menyeru seluruh warga akademik di Malaysia untuk memikirkan masa depan anak bangsa kita, berganding bahu memikirkan sesuatu untuk sistem pendidikan kita.
Jika kualiti di gedung ilmu masih di kelas ketiga, bagaimana masa depan anak bangsa kita?
Sedangkan kita mempunyai harapan dan kelebihan tersendiri dalam bidang akademik untuk ke hadapan.
Kembalikan kebebasan akademik. Nasihat saya pada pihak-pihak tertentu, jangan sampahkan universiti di negara ini, setelah negara ini kamu sudah sampahkan.
Ketepikanlah pengaruh-pengaruh yang tidak sihat dalam gedung ilmu, ketepikan pengaruh dan kepentingan bagi mana-mana pihak.
Saya menyeru semua pihak untuk tidak sampahkan universiti-universiti di Malaysia. Sayangilah masa depan negara dan anak bangsa kita. Kembalikan kebebasan akademik.
FAHMI ZAINOL presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional Universiti Malaya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.