Followers

Saturday, June 28, 2014

Yang Terjual Di Pasar Pasar Malam Secara Terbuka, Kenapa Tak Tangkap ??

Denda 10,000 Kerana Miliki VCD Lucah - Yang Sebar Bila Nak Dakwa Pula?

 
Seorang lelaki hari ini didenda RM10,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah memiliki 43 keping video cakera padat (VCD) lucah.

Wilson Cheong Wee Son, 28, turut dituduh memiliki 152 keping VCD berbahasa Inggeris serta 70 keping VCD berbahasa Cina yang tidak mempunyai sijil “B”.


Bagi tuduhan memiliki 43 keping VCD lucah berbahasa Cina, majistret Zuraini Abdul Razak memerintahkan Cheong membayar denda RM10,000 dan jika gagal membayar denda, dia dihukum penjara lima bulan.

Majistret Zuraini turut mengenakan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM5,000 terhadap Cheong selepas mengaku bersalah atas pertuduhan kedua kerana memiliki VCD tanpa sijil kelulusan Badan Penapisan Filem. 
Cheong yang kini bekerja sebagai penjual jam tangan, didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di hadapan flat Cheras Ria, Jalan Ketumbar Height, Cheras, Kuala Lumpur, pada 21 Mei, 2008, jam 8.30 malam.

Pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Haderiah Siri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama.

oOOO

Tak boleh memiliki VCD lucah ek. Salah ek. Boleh didakwa ek.

Baikla.

Aku rasa individu di atas tak pernah pula pergi promosikan kat blog2 dia ada VCD lucah. Betul tak?

Aku tak juga rasa dia pernah siarkan klip2 lucah kat laman youtube ataupun blog.

Ye tak?

Dia memiliki VCD lucah yang dijumpai ketika dia meniaga di pasar. Baca berita di atas. Sekarang neh aku nak tanya.

Kenapa yang sebarkan VCD lucah kat laman2 sosial tak kena dakwa?

 
Kenapa yang sebarkan VCD lucah time kempen2 politik tak kena dakwa?

 
Kenapa yang pasang skrin giant dok siar klip2 lucah tak kena dakwa?

 
Kenapa yang pos VCD lucah ke rumah2 orang tak kena dakwa?

Kenapa?  Kenapa?  Kenapa?

Apa sudah jadi dengan Papa Gomo? Eskay? Trio 3 badut? Mana pendakwaan ke atas mereka? Mana kes? Mana perbicaraan?

MANAAAAAAAAAAA?

Kenapa sesetengah orang dilarang untuk menjual dan memiliki VCD lucah tetapi sesetengah orang pula bebas memiliki, menyebarkan dan berkempen2 pasal kelucahan pula?

Kerajaan mana yang bangang sangat neh hah? Takan POLIS tak boleh nak siasat sampai sekarang kot. Tak buka2 kes pun. Senyap je. Semua dah jadi babik ke apa.


 
KAH KAH KAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.