Followers

Friday, June 27, 2014

Ibu OKU Firdaus didakwa di mahkamah - Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad


Foto
Seremban: Ibu remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas dua kesalahan iaitu sengaja mengabaikan anaknya itu sejak Januari lalu hingga minggu lalu dan membiarkannya tanpa pengawasan.

Lolanopita Sadi, 40, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-5-9 Flat Semarak, Nilai, dekat sini.
Bagi pertuduhan pertama, pekerja pembantu penyajian di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan sengaja mengabaikan anaknya itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi di rumah mereka antara Januari lalu hingga jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu.


Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda hingga RM20,000 atau penjara 10 tahun penjara atau kedua-duanya.
LOLANOPITA didakwa mengabaikan dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan. FOTO Hazreen Mohamad

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membiarkan anaknya itu tanpa pengawasan yang berpatutan pada 21 Jun lalu, kira-kira jam 2.30 pagi.

Oleh itu, dia didakwa melakukan kesalahan Seksyen 33(c) Akta sama, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau keduanya sekali.

Pendakwaaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili Peguam Hanif Hassan.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh, menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan kes pada 24 Julai depan.
 

myMetro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.