Followers

Saturday, February 1, 2014

Pemilihan PKR: 'J/Kuasa Pemilihan Pusat' Perlu Bebas Dari Pengaruh Azmin, Jika Mahu Demokrasi Itu Subur


KUANTAN, 1 Feb - Rata-rata ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat akar umbi mengesa pucuk pimpinan tertinggi parti agar serius untuk mengamalkan amalan demokrasi pada Pemilihan parti itu tidak lama lagi. 
 
Ini agi menggelakkan persepsi buruk dikalangan rakyat yang melihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) diwujud atas landasan keadilan dan ingin membawa perubahan. 
 
Namun, apa yang berlaku pada pemilihan parti sebelum ini (2010) amatlah mendukacitakan hingga membawa bekas calon Timbalan Presiden, iaitu Datuk Zaid Ibrahim terpaksa undur diri dari parti akibat tidak tahan dengan permainan politik pihak tertentu yang mengawal Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR itu sendiri. 
 
Menurut seorang bekas calon yang dihalang bertanding pada pemilihan 2010, iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau berkata, memang wujud kecurangan yang melampau pada pemilihan parti itu dulu.  
 
"Saya sendiri yang mahu menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Cabang Kuantan telah dihalang dengan berbagai alasan oleh Ketua Cabang itu Fuziah Salleh. 
 
Selain dari saya, ahli lain yang turut mahu bertanding jawatan Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang serta ain-lain jawatan telah dinafikan hak.. sama ada diarahkan tarik diri atau masalah teknikal ketika penyerahan borang seperti yang berlaku kepada calon Ketua Cabang Saudara Romagan (Megat) dulu. 
 
Akhirnya di Cabang Kuanta, hanya jawatan Naib Ketua sahaja yang dipertandingkan, sebaliknya jawatan lain semua dimenangi secara percuma oleh kumpulan terbabit yang sudah siap sedia dengan cai-cai mereka... 
 
Amalan demokrasi hancur gara-gara tindakan pihak  yang didalangi pemimpin kanan parti (Azmin) yang mahukan orang mereka menang ketika itu", kata Shukri. 
Antara kempimpinan JPP yang baru dilantik yang terdiri daripada 
Dato’ Johari Abdul dan Timbalannya, Datin Paduka Tan Yee Kew

Justeru katanya, melihat kepada pembaharuan yang dilakukan oleh PKR sekarang ini beliau amatlah berharap insiden sebegitu tidak berlaku lagi. "Difahamkan, Majlis Pimpinan Pusat dalam mesyuaratnya pada 15 Januari 2014 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk melaksana dan mengawal selia Pemilihan Parti 2014. 
 
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang dipengerusikan oleh Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sg Petani, Timbalannya, Datin Paduka Tan Yee Kew dan tujuh orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan anggota kanan Parti yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam pemilihan dan pilihan raya. 
 
Maka itu, JPP haruslah ebih profesional dan tidak ahlinya tidak dimonopoli oleh kumpulan tertentu semata-mata seperti sebelum ini", tambah Shukri. 
 
Menurut beliau, pada Pemilihan PKR 2010 dulu sebenarnya banyak kes dan laporan yang tidak diselesaikan oeh JPP. Bukan setakat tidak diselesaikan, malahan langsung tidak diberi perhatian sewajarnya untuk dibicarakan hingga ke hari ini. 

Pertembungan Zaid-Azmin berakhir dengan bekas menteri itu berundur dari
PKR akibat tak tahan dengan  penyelewengan pemilihan yang berlaku 

"Cabang Indera Mahkota misalnya, antara cabang pertama yang mengadakan pemilihan... Satu laporan telah dihantar ke pusat dengan bayaran sebanyak RM50 untuk menyiasat penyelewengan yang berlaku pada pemilihan yang mempertemukan Azan Ismail dengan Razali Alias untuk jawatan Ketua Cabang ketika itu. 
 
Janji JPP untuk menyiasat, sampai sudah dibakul sampahkan.. JPP lembab untuk menyiasat apabila melibatkan kes orang-orang Azmin Ali. Malah saya difahamkan hampir 90% ahli JPP adalah terdiri dari kalangan orang-orang Azmin Ali. 
 
Sebab itu banyak keputusan meragukan berlaku... pegawai JPP di lokasi sekadar menelefon ke pusat untuk memaklumkan keputusan.. siap boleh bawa balik orang pemilihan ke rumah .. mana yang kata telus?. 
 
Ada tempat orang lain menang diubah keputusannya. Ada tempat jumlah pengundi hanya 100 orang tapi keputusan menang lebih 300 orang... Semua ini berlaku pada Pemilihan PKR 2010 dulu. Ketelusan JPP amat diragui sekali.. ramai yang tidak mendapat pembelaan.. 
 
Di mana orang Azmin Ali kalah, disitu akan berlaku insiden baling kerusi dan sebagainya agar pemilihan dibatalkan dan diadakan semula. Inilah bibit-bibit perpecahan yang berlaku dalam PKR. 
 
Akibatnya, ramai pemimpin yang tidak menyokong Azmin Ali pada pemilihan 2010 dibatalkan namanya sebagai calon PKR pada Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu. 
 
Semua ini kerana sikap dendam kesumat yang ada dalam hati pemimpin, walhal dia sendiri berkata kiambang bertaut selepas pemilihan.. tapi hanya indah khabar dari rupa", tambah Shukri.

Laporan penyelewengan ketika pemiihan PKR Cabang Indera Mahkota
yang terawal dilaporkan dengan bayaran RM50, tapi keputusannya?

Azmin khabarnya sekali lagi akan dicabar untuk jawatan Timbalan Presiden
pada pemilihan PKR ini, apakah Tan Sri Khalid lawan yang dimaksudkan?

Beliau juga tidak menolak kemungkinan besar pemilihan PKR pada kali ini leih dasyat daripada yang berlaku pada tahun 2014. Ini kerana katanya, besar kemungkinan kedudukan Azmin Ali sekali lagi akan dicabar oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.  
 
Berdasarkan kepada senario terkini, dengan isu Pilihan Raya Kecil DUN Kajang yangs engaja diadakan bagi mengurangkan pengaruh Tan Sri Khalid di negeri Selangor, maka kemungkinan besar kempen dan pemilihan kali ini pasti panas dan penuh dengan adengan yang tidak diingini sebenarnya. 
 
 "Saya melihat, selagi ada sikap berpuak-puak dan cai-cai dalam parti, maka selagi itu amalan demokrasi tidak dapat disuburkan dalam PKR. 
 
Jika selama ini kita marah kononnya SuruhanjayaPilihan Raya (SPR) tidak telus dalam menjalankan pilihanraya di negara kita.. apa yang berlaku sama juga dalam pemilihan PKR.. lebih dasyat ahi penyelewengan dan penipuan dilakukan oleh kepimpinan parti yang mahu terus kekal berkuasa. 
 
Jika dalam parti sendiri mereka gagal amalkan demokrasi, maka bagaimana mereka dengan bangganya mahu tuduh SPR itu tidak demokrasi. Inilah yang dinamakan cakap tak serupa bikin", dakwa Shukri yang kini bergerak aktif bersama Angkatan Pembela Rakyat (Angkara).
[Tidak ramai ahli PKR yang berani untuk mendedahkan isu-isu panas seperti ini kerana majoriti mereka takut diambil tindakan tatatertib atau dipecat dari parti akibat menegur pemimpin. 
 
Tetapi, apalah guna perjuangan jika takut untuk berkata benar walau pun pahit untuk ditelan. Inilah masalah yang berlaku kepada ahli-ahli parti, mereka ditakutkan demi menjaga nama dan karier politik pemimpin tertentu. 
 
Walhal mereka juga marah dan kecewa apabila JPP gagal menyiasat setiap dakwaan yang dibuat oleh cabang-cabang selepas pemilihan 2010 hingga ke hari ini. Janji tinggal janji, namun segalanya akhirnya ditutup rapat-rapat demi menjaga kepentingan proksi pemimpin tertentu. 
 
Akhir JPP yang memang kurang pengalaman dan ketelusan itu hanya menjadi kambing hitam untuk memastikan kemenangan pemimpin yang ditolak oleh ahlinya sendiri. Samalah juga dengan tuduhan yang dibuat terhadap SPR yang menjadi alat untuk memenangkan pemimpin yang ditolak oleh rakyat. 
 
Apapun, diharapkan agar pemilihan PKR kali ini dapat berjalan dengan baik dan tenang tanpa sebarang kekecohan seperti dulu. Petugas JPP pula perlu benar-benar bebas dan bukan dimonopoli oleh penyokong pemimpin tertentu. 
 
Seeloknya, JPP itu biarlah orang luar yang lebih telus dan adil daripada orang parti yang memang sudah pasti akan pastikan pemimpin yang mereka sokonga itu mencapai kemenangan walau pun kalah].

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.