KUANTAN, 1 Feb - Rata-rata ahli Parti Keadilan Rakyat
(PKR) peringkat akar umbi mengesa pucuk pimpinan tertinggi parti agar
serius untuk mengamalkan amalan demokrasi pada Pemilihan parti itu tidak
lama lagi.
Ini agi menggelakkan persepsi buruk dikalangan rakyat yang
melihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) diwujud atas landasan
keadilan dan ingin membawa perubahan.
Namun, apa yang berlaku pada
pemilihan parti sebelum ini (2010) amatlah mendukacitakan hingga membawa
bekas calon Timbalan Presiden, iaitu Datuk Zaid Ibrahim terpaksa undur diri dari parti akibat tidak tahan dengan permainan politik pihak tertentu yang mengawal Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR itu sendiri.
Menurut seorang bekas calon yang dihalang bertanding pada pemilihan 2010, iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau berkata, memang wujud kecurangan yang melampau pada pemilihan parti itu dulu.
"Saya
sendiri yang mahu menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Angkatan
Muda Keadilan (AMK) di Cabang Kuantan telah dihalang dengan berbagai
alasan oleh Ketua Cabang itu Fuziah Salleh.
Selain dari saya, ahli lain
yang turut mahu bertanding jawatan Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang
serta ain-lain jawatan telah dinafikan hak.. sama ada diarahkan tarik
diri atau masalah teknikal ketika penyerahan borang seperti yang berlaku
kepada calon Ketua Cabang Saudara Romagan (Megat) dulu.
Akhirnya di
Cabang Kuanta, hanya jawatan Naib Ketua sahaja yang dipertandingkan,
sebaliknya jawatan lain semua dimenangi secara percuma oleh kumpulan
terbabit yang sudah siap sedia dengan cai-cai mereka...
Amalan demokrasi
hancur gara-gara tindakan pihak yang didalangi pemimpin kanan parti
(Azmin) yang mahukan orang mereka menang ketika itu", kata Shukri.
Antara kempimpinan JPP yang baru dilantik yang terdiri daripada
Dato’ Johari Abdul dan Timbalannya, Datin Paduka Tan Yee Kew
Justeru
katanya, melihat kepada pembaharuan yang dilakukan oleh PKR sekarang ini
beliau amatlah berharap insiden sebegitu tidak berlaku lagi. "Difahamkan, Majlis
Pimpinan Pusat dalam mesyuaratnya pada 15 Januari 2014 telah bersetuju
menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk melaksana dan
mengawal selia Pemilihan Parti 2014.
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang dipengerusikan oleh Dato’ Johari
Abdul, Ahli Parlimen Sg Petani, Timbalannya, Datin Paduka Tan Yee Kew
dan tujuh orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan anggota
kanan Parti yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam pemilihan dan
pilihan raya.
Maka itu, JPP haruslah ebih profesional dan tidak ahlinya
tidak dimonopoli oleh kumpulan tertentu semata-mata seperti sebelum ini",
tambah Shukri.
Menurut beliau, pada Pemilihan PKR 2010 dulu sebenarnya
banyak kes dan laporan yang tidak diselesaikan oeh JPP. Bukan setakat
tidak diselesaikan, malahan langsung tidak diberi perhatian sewajarnya
untuk dibicarakan hingga ke hari ini.
Pertembungan Zaid-Azmin berakhir dengan bekas menteri itu berundur dari
PKR akibat tak tahan dengan penyelewengan pemilihan yang berlaku
"Cabang
Indera Mahkota misalnya, antara cabang pertama yang mengadakan
pemilihan... Satu laporan telah dihantar ke pusat dengan bayaran
sebanyak RM50 untuk menyiasat penyelewengan yang berlaku pada pemilihan
yang mempertemukan Azan Ismail dengan Razali Alias untuk jawatan Ketua
Cabang ketika itu.
Janji JPP untuk menyiasat, sampai sudah dibakul
sampahkan.. JPP lembab untuk menyiasat apabila melibatkan kes
orang-orang Azmin Ali. Malah saya difahamkan hampir 90% ahli JPP adalah
terdiri dari kalangan orang-orang Azmin Ali.
Sebab itu banyak keputusan
meragukan berlaku... pegawai JPP di lokasi sekadar menelefon ke pusat
untuk memaklumkan keputusan.. siap boleh bawa balik orang pemilihan ke
rumah .. mana yang kata telus?.
Ada tempat orang lain menang diubah
keputusannya. Ada tempat jumlah pengundi hanya 100 orang tapi keputusan
menang lebih 300 orang... Semua ini berlaku pada Pemilihan PKR 2010
dulu. Ketelusan JPP amat diragui sekali.. ramai yang tidak mendapat
pembelaan..
Di mana orang Azmin Ali kalah, disitu akan berlaku insiden
baling kerusi dan sebagainya agar pemilihan dibatalkan dan diadakan
semula. Inilah bibit-bibit perpecahan yang berlaku dalam PKR.
Akibatnya,
ramai pemimpin yang tidak menyokong Azmin Ali pada pemilihan 2010
dibatalkan namanya sebagai calon PKR pada Pilihanraya Umum Ke-13 yang
lalu.
Semua ini kerana sikap dendam kesumat yang ada dalam hati
pemimpin, walhal dia sendiri berkata kiambang bertaut selepas
pemilihan.. tapi hanya indah khabar dari rupa", tambah Shukri.
Laporan penyelewengan ketika pemiihan PKR Cabang Indera Mahkota
yang terawal dilaporkan dengan bayaran RM50, tapi keputusannya?
Azmin khabarnya sekali lagi akan dicabar untuk jawatan Timbalan Presiden
pada pemilihan PKR ini, apakah Tan Sri Khalid lawan yang dimaksudkan?
Beliau
juga tidak menolak kemungkinan besar pemilihan PKR pada kali ini leih
dasyat daripada yang berlaku pada tahun 2014. Ini kerana katanya, besar
kemungkinan kedudukan Azmin Ali sekali lagi akan dicabar oleh Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Berdasarkan kepada
senario terkini, dengan isu Pilihan Raya Kecil DUN Kajang yangs engaja
diadakan bagi mengurangkan pengaruh Tan Sri Khalid di negeri Selangor,
maka kemungkinan besar kempen dan pemilihan kali ini pasti panas dan
penuh dengan adengan yang tidak diingini sebenarnya.
"Saya
melihat, selagi ada sikap berpuak-puak dan cai-cai dalam parti, maka
selagi itu amalan demokrasi tidak dapat disuburkan dalam PKR.
Jika
selama ini kita marah kononnya SuruhanjayaPilihan Raya (SPR) tidak telus
dalam menjalankan pilihanraya di negara kita.. apa yang berlaku sama
juga dalam pemilihan PKR.. lebih dasyat ahi penyelewengan dan penipuan
dilakukan oleh kepimpinan parti yang mahu terus kekal berkuasa.
Jika
dalam parti sendiri mereka gagal amalkan demokrasi, maka bagaimana
mereka dengan bangganya mahu tuduh SPR itu tidak demokrasi. Inilah yang
dinamakan cakap tak serupa bikin", dakwa Shukri yang kini bergerak aktif bersama Angkatan Pembela Rakyat (Angkara).
[Tidak ramai ahli PKR yang berani untuk mendedahkan isu-isu panas seperti ini kerana majoriti mereka takut diambil tindakan tatatertib atau dipecat dari parti akibat menegur pemimpin.
[Tidak ramai ahli PKR yang berani untuk mendedahkan isu-isu panas seperti ini kerana majoriti mereka takut diambil tindakan tatatertib atau dipecat dari parti akibat menegur pemimpin.
Tetapi, apalah guna perjuangan jika
takut untuk berkata benar walau pun pahit untuk ditelan. Inilah masalah
yang berlaku kepada ahli-ahli parti, mereka ditakutkan demi menjaga nama
dan karier politik pemimpin tertentu.
Walhal mereka juga marah dan
kecewa apabila JPP gagal menyiasat setiap dakwaan yang dibuat oleh
cabang-cabang selepas pemilihan 2010 hingga ke hari ini. Janji tinggal
janji, namun segalanya akhirnya ditutup rapat-rapat demi menjaga
kepentingan proksi pemimpin tertentu.
Akhir JPP yang memang kurang
pengalaman dan ketelusan itu hanya menjadi kambing hitam untuk
memastikan kemenangan pemimpin yang ditolak oleh ahlinya sendiri.
Samalah juga dengan tuduhan yang dibuat terhadap SPR yang menjadi alat
untuk memenangkan pemimpin yang ditolak oleh rakyat.
Apapun, diharapkan
agar pemilihan PKR kali ini dapat berjalan dengan baik dan tenang tanpa
sebarang kekecohan seperti dulu. Petugas JPP pula perlu benar-benar
bebas dan bukan dimonopoli oleh penyokong pemimpin tertentu.
Seeloknya,
JPP itu biarlah orang luar yang lebih telus dan adil daripada orang
parti yang memang sudah pasti akan pastikan pemimpin yang mereka sokonga
itu mencapai kemenangan walau pun kalah].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.