Followers

Saturday, November 2, 2013

PRK SG. LIMAU - Lagi susu tamat tempoh diterima......

Photo: Lagi susu tamat tempoh diterima

1 November 2013 

Seorang lagi penerima sumbangan daripada Umno Bahagian Baling di Sungai Dedap pada 28 Oktober lalu mendakwa menerima susu krimer manis yang sudah tamat tempoh.

Pesuruhjaya Pas Kedah,Datuk Mahfuz Omar berkata,insiden itu disedari seorang warga emas,Aishah Abdul Rani,70, ketika ingin menggunakan susu itu.

“Kalau sebelum ini hanya seorang mengemukakan bukti tetapi hari ini sudah dua orang menunjukkan menerima susu yang sudah tamat tempoh.Maknanya ramai orang tidak perasan mengenai perkara ini,mungkin ada antara mereka juga sudah terminum.Dari segi kesihatan mereka kemungkinan akan berlaku keracunan.Kalau tidak berlaku Alhamdulillah,kita doakan kesihatan mereka selamat,” katanya.

Sehubungan itu,Mahfuz mengharapkan Umno dan BN boleh membuat pengumuman supaya penerima susu ini menyerah semula sumbangan itu dan dikumpulkan di markas pilihan raya di setiap daerah mengundi BN kerana bimbang akan memberi kesan keracunan makanan kepada orang yang meminumnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.