Zaidi Ahmad
Assalam kpada smua shbt2 FB sekalian, terlebih dahulu sya ingin
mengucapkan jazakallahu khair kepada semua sahabat2 yg telah memberi
sokongan padu kpada sya terutama dlm sya menghadapi ujian berat yg
menimpa sya iaitu dilucutkan jawatan Pegawai memerintah Skuadron,
dinafikan hak utk melaksanakan amanah sebagai seorang juruterbang
pesawat pejuang TUDM, dikenakan 7
pertuduhan dibawah Akta Angkatan tentera 1972 (suatu rekod kerana org yg
hisap dadah dan lari dari tugas pun kalau kena maksimum dalam 2 atau 3
tuduhan saja) dan bakal kehilangan elaun jurulatih terbang RM4000
sebulan - semua itu atas satu alasan sahaja iaitu kerana saya telah
tampil menyatakan KEBENARAN iaitu DAKWAT SPR TAK KEKAL.
Nampaknya
tindakan sya itu dianggap sebagai sesuatu yg amat2 besar dosanya
sehingga sya dilayan sedemikian rupa. Namun disebalik kedukaan ada
kegembiraan terutama diatas sokongan padu sebilangan rakan2 termasuk dlm
FB.
Sekali lagi sya berterimakasih kepada sdra2 smua terutama yg telah
sudi membeli buku sya dan juga respon kpada msg sya tentang takaful.
Skrg jumlah friend sya sudah mencecah max 5000 org jd sya terpaksa
meng"unfriend"kan sebahagian kerana ramai lgi yg berhasrat menjadi
friend sya.
Sya minta maaf kerana yg bakal memasuki senarai operasi
"unfriend" sya terutama skali ialah mereka2 yg menunjukkan akhlak2 tidak
baik dlm FB seperti post gambar2 tidak berakhlak dan sebagainya, juga
mereka2 yg sya hantar msg tntang buku sya dan takaful tetapi diam seribu
bahasa, entah kenapa rm15 tu beratnya seolah2 seperti tayar steamroll
bgi sesetengah org, mungkin mereka terlalu miskin utk membantu seorang
shabatnya yg memerlukan atau mungkin juga mereka terlalu kaya dan
memandang urusan masuk/transfer RM15 terlalu remeh bagi mereka, apapun
sya akui itu hak masing2 kemana rezeki masing2 nk dibelanjakan, hak yg
ada pada sya hanyalah hak untuk meng"unfriend"kan sesiapa yg sya mahu.
Sekian dulu kepada sesiapa yg bakal sya "unfriend"kan selepas ini sya
mohon maaf sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan kepada tuan/puan,
sekian dulu, Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.