Followers

Sunday, July 14, 2013

TPM, calon BN PRK Kuala Besut solat terawih bersama penduduk

 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan solat Isyak dan terawih di Masjid Kampung Baharu di Kuala Besut semalam bersama penduduk sekitar.

Muhyiddin tiba kira-kira 8.40 malam dan disambut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan calon BN, bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Selesai menunaikan terawih, Muhyiddin yang juga Pengarah PRK DUN Kuala Besut, beramah mesra dan menyertai moreh bersama jemaah sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Terdahulu, beliau yang berbaju Melayu dan bersongkok menghadiri majlis berbuka puasa dan bersolat Maghrib di Masjid Pengkalan Sentol.

PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini, yang mempunyai 17,683 pengundi, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tengku Zaihan, 37, seorang jurutera dan anak tempatan dengan calon PAS, Endot@Azlan Jusoh, 48, seorang ahli perniagaan.

Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. -  


Malaysia Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.