KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar
(gambar)menyifatkan kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kabinet tambah masalah."
Tidak akan bermakna lantik Presiden Transparency
International Malaysia (TI-M), Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, sebagai
Menteri di Jabatan Perdana Menteri jika anggota kabinet yang lain
terdiri dari mereka yang bermasalah," katanya
Beliau mempersoalkan, apa yang boleh dilakukan oleh Paul
jika dikelilingi oleh orang-orang yang bermasalah." Apa makna lantik
Presiden TI-M kalau hanya untuk ditenggelami oleh orang-orang yang
bermasalah."
Dia bukan sahaja tidak akan mampu menyelesaikan masalah
tetapi hampir serta merta akan tenggelam dan perkara itu akhirnya
menambahkan lagi masalah.
"Sebab itu kita melihat kabinet yang Najib umum itu hanya kabinet tambah masalah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Menurut Mahfuz, antara perlantikan yang paling dipandang
sinis oleh banyak pihak serta banyak mengundang kritikan ialah
perlantikan perlantikan Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai Timbalan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Antara lain, anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka
Marina Mahathir menulis dalam laman Twitter "Six million dollar man Umno
mendapat jawatan timbalan menteri".
Tajuddin diberikan nama jolokan itu selepas beliau
dilaporkan telah dipecat dari Umno pada tahun 1995 kerana dituduh
membayar RM6 juta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian.
Tajuddin juga baru-baru ini menerima anugerah konsesi RM1.3
bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak, walaupun syarikat milik beliau,
Detik Utuh Sdn Bhd bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan tidak
mempunyai rekod prestasi yang baik dalam bidang pembinaan.Selain
Tajuddin, kata Mahfuz.
Seorang lagi yang disebut terbabit dalam amalan politik
wang oleh Lembaga Disiplin Umno sendiri ialah Khairy Jamaluddin. Khairy
dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.Dalam tulisannya "Kenapa saya
masuk balik Umno," antara lain Dr Mahathir menulis, "Saya percaya dia
(Najib) tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum
seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai menteri atau anggota kerajaan".
Mahfuz melihat tindakan Najib itu seolah-olah mencabar Dr
Mahathir dan beliau ternanti-nanti untuk melihat apakah reaksi Dr
Mahathir terhadap kabinet baru Najib itu
"Bukan itu sahaja, tindakan mengekalkan orang seperti
(Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) membuktikan Najib enggan
melakukan perubahan ke arah lebih baik sedangkan Kementerian Dalam
Negeri di mana beliau menjadi menterinya sebelum ini adalah antara yang
paling banyak dilaporkan mengalami ketirisan dalam laporan Ketua Audit
Negara.
"Itu belum lagi diambil kira orang seperti (Datuk Seri)
Shahidan (Kassim) yang ditolak dan tidak diterima oleh istana,"
katanya.Selepas pilihan raya 2008 lalu, istana Perlis menolak cadangan
supaya Shahidan dilantik sebagai Menteri Besar negeri itu.
Najib melantik Shahidan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Pertahanan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.