Followers
Sunday, April 28, 2013
PECAH BERITA! Najib Razak Terus DIKEJAR 'Hantu Altantuya' Di Kuching!
Akibat ketakutan dikejar 'Hantu Altantuya', tiga papan tanda gergasi diturunkan di sekitar Kuching malam tadi.
Semuanya gara-gara kedatangan BEKAS perdana menteri, Najib Razak ke bandaraya itu dan sekitar Sarawak dalam misi berkempen di Saratok dan Lubok Antu hari ini.
Mengesahkan perkara itu, calon DAP parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jen menyatakan tiga buah 'billboard' yang dipasang sejak empat hari lalu diturunkan beberapa kakitangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dipercayai atas arahan terus ketua menteri, Abdul Taib Mahmud.
Tambahnya, ia dilakukan sejak malam semalam beberapa jam sebelum ketibaan rombongan Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pagi tadi.
Chong juga menjelaskan billboard tersebut tidak bersalah tetapi Najib lah yang bersalah kerana membiarkan misteri pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 19 Oktober 2006 kekal misteri sehingga hari ini.
Beliau turut mempersoalkan mengapa MBKS bertindak menurunkan billboard yang sudah dipasang sejak Selasa lalu padahal ia tidak memberi kesan atau halangan terhadap poster dan bendera yang dipasang Barisan Nasional (BN) di bandaraya itu.
Persoalan mengenai siapa yang mengarahkan supaya Altantuya dibunuh menggunakan bahan letupan gred tentera C4 kekal misteri dan Najib sendiri tidak berani untuk menjelaskan penglibatannya semasa menjawat jawatan menteri pertahanan pada 2006.
Sambil melahirkan rasa kesal atas kejadian itu, Chong mempersoalkan bagaimana kakitangan tersebut berkuasa menurunkan billboard tersebut sedangkan salah seorang dari mereka hanya dibenarkan menggunakan kuasa mereka di bandaraya Kuching dan sudah melangkau sempadan ke Stampin tempat di mana salah satu billboard itu dipasang.
Tanya Chong lagi, jika Najib merasakan bahawa dirinya tidak terlibat dengan misteri pembunuhan Altantuya, mengapa menyalah gunakan kuasanya supaya billboard tersebut diturunkan dengan secepat kilat?
Mengapa Najib sehingga kini tidak mampu menjawab bagaimana C4 itu diperolehi dari sebuah kem tentera yang ketika itu Najib merupakan menteri yang bertanggungjawab ke atas keselamatan seluruh kem termasuk bahan letupan dan senjata?
Awal pagi tadi, Chong sendiri bersama puluhan jentera kempen cuba menghalang petugas MBKS dari menurunkan billboard tersebut namun gagal setelah tiga jam bertarung dengan kedegilan pihak berkuasa tempatan yang diperkudakan Taib.
Mereka berkumpul di ketiga-tiga billboard tersebut dengan jumlah ramai setelah mendapat maklumat MBKS akan merobohkan kesemuanya sekaligus.
Billboard yang sudah diturunkan katanya sudah pun dibawa ke depot simpanan MBKS dan belum pasti sama ada laporan polis telah dibuat oleh DAP atau Pakatan Rakyat atau pihak MBKS sendiri.
Najib yang melawat Saratok dan Lubok Antu hari ini pastinya sudah diberitahu mengenai 'operasi' berkenaan oleh pemimpin BN negeri dan difahamkan merasa lega dengan perkembangan itu.
Bagaimanapun sampai bila misteri pembunuhan Altantuya akan terjawab hanya akan diketahui apabila Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan baru selepas 5 Mei ini.
Seluruh rakyat Malaysia yang mahukan misteri pembunuhan ini terjawab yang sudah pun memalukan negara sejak enam tahun lalu wajib mengundi Pakatan Rakyat dalam piilihanraya umum ini selain keadilan dapat ditegakkan kepada keluarga mendiang terutama bapanya, Setev Shaaribuu.
Najib pasti akan mendapat pembalasan sewajarnya apabila dia akan dihadapkan ke mahkamah di Perancis kerana khabarnya hakim di sana sudah bersedia untuk mensapina lagi beberapa saksi termasuk rakan baik Najib, Razak Baginda yang melarikan diri ke United Kingdom sehingga ke hari ini.
JALAN PULANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.