JOHOR
BAHRU – Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu segera mengemukakan
kenyataan balas terhadap satu laporan polis yang telah dibuat 18 April,
Khamis lepas.
Dalam
repot polis berkenaan, pengadu Saudara Siam Bin Kasrin telah
mengemukakan aduan berhubung salah laku yang telah dilakukan oleh calon
Barisan Nasional (BN) iaitu Saudara Mohd Puad Zarkashi.
Menurut
Haji Siam, pada pilihanraya umum ke-12 yang lepas, beliau telah dilantik
menjadi wakil calon bagi Saudara Fuad Zarkashi sebagai calon Barisan
Nasional untuk Parlimen P150 Batu Pahat.
Namun
disebabkan sikap tidak telus calon dalam pilihanraya tersebut kerana ada
elemen yang menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Haji Siam
mengambil keputusan untuk tidak menandatangani penyata perbelanjaan
calon pada borang (d).
Tambah
beliau, akibat daripada tindakan itu beliau menerima surat tunjuk sebab
daripada Setiausaha Agung UMNO (BIL UMNO/R/SUA/8 JLD 1/21) yang
bertarikh 7 November 2009.
Menurutnya lagi, SPR Johor telah memaklumkan kepada beliau bahawa calon berkenaan telah pun diperakui dan diwartakan.
Mengikut
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, mana-mana calon yang terpilih dan
wakil tidak menghantar penyata perbelanjaan dalam tempoh yang
ditetapkan, adalah tidak layak bagi calon berkenaan untuk bertanding
pada pilihanraya berikutnya.
Pada 16
April 2013 yang lepas, Dr Hj Mohd Puad Zarkashi telahpun menerima
watikah untuk bertanding sebagai calon BN dalam PRU-13 bagi Parlimen
Batu Pahat.
Lebih mengejutkan lagi apabila SPR telahpun mengesahkan pencalonan beliau pada 20 April yang lepas semasa hari penamaan calon.
Dalam
laporan polis yang sama, Hj Siam juga telah menyangkal tanggapan umum
yang telah menuduh beliau menerima RM 2 juta bagi membolehkan Saudara
Puad Zarkashi bertanding semula dalam PRU-13 kali ini.
Salinan Repot Polis Yang Dibuat Di Balai Polis Daerah Batu Pahat
Sumber: nusajayakini.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.