Followers

Sunday, March 3, 2013

Polis terbunuh bertempur dengan militan Filipino di Semporna


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein diberi taklimat oleh pihak polis mengenai perkembangan terbaru di Sabah dalam gambar ini tidak bertarikh dikeluarkan 3 mac 2013. Beliau telah menggesa orang ramai supaya bertenang. -  Gambar ihsan twitter.com/hishammuddinH20KUALA LUMPUR, 3 Mac – Seorang lagi anggota polis terkorban manakala yang lain cedera dalam pertempuran dengan militan di Kampung Selamat, Semporna, malam tadi selepas polis berkata dua yang lain cedera dalam kejadian tembak-menembak berhampiran Pulau Simunul, tiga minggu selepas militan Filipina menceroboh Sabah.

Insiden berkenaan berlaku di Semporna yang terletak 150km dari Lahad Datu di mana masih lagi berlaku ketegangan antara pasukan keselamatan Malaysia dan militan Filipina sehari selepas 14 orang terbunuh dalam kejadian tembak-menembak.

Bernama melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan insiden berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Agensi berita nasional itu berkata pertempuran bermula sekitar jam 8 malam, dan menambah anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Jumaat lalau, dua anggota komando polis terbunuh, manakala tiga yang lain cedera dalam kejadian berbalas tembakan dengan penceroboh Filipina di Kampung Tandou, di Lahad Datu.

Dua belas daripada penceroboh bersenjata berkenaan turut terbunuh.

Ketua Polis Sabah Datuk Hamzah Taib berkata sepasukan 40 anggota polis telah diarahkan ke pulau berkenaan bagi mengenal pasti beberapa individu yang dilaporkan memiliki senjata api.

“Pihak polis memasuki kawasan perkampungan dan ketika sedang berjalan mereka ditembak, dan dua daripada mereka cedera,” kata Hamzah, dan ketakutaan mula menyelebungi penduduk di  Semporna dan Tawau apabila lelaki bersenjata menyerang pasukan keselamatan.
Pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera. – Gambar Reuters Hamzah berkata operasi berterusan sedang dilaksanakan namun tiada sebarang tangkapan dibuat.
“Buat masa ini, kami percaya ianya tiada kaitan dengan insiden di Lahad Datu,” katanya.

Beliau menafikan ada balai polis yang diserang, apabila khabar angin mula tersebar di laman sosial dan dari mulut ke mulut.

Pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Semporna berkata kepada The Malaysian Insider pegawai yang bertanggungjawab dalam mesyuarat dengan pasukan tentera, namun enggan mengulas lanjut berkenaan situasi di sana.

Ismail dalam laman sosial PDRM mengesahkan kejadian tembak menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna.

“Polis bagaimanapun belum dapat mengenal pasti jumlah sebenar mereka yang terlibat dalan kejadian itu, dipercayai jumlahnya tidak lebih 10 orang,” katanya.

Sekumpulan Muslim Filipina yang mendakwa diri mereka kerabat Kesultanan Sulu telah menceroboh Sabah pada 9 Februari dan menuntut negeri berkenaan.

Sejumlah 200 anggota mereka bersenjata dan menegaskan tidak akan menyerah walaupun diarahkan kembali ke negara mereka oleh Presiden Filipina Benigno Aquino III.

Putrajaya, yang sebelum ini cuba berunding secara aman dengan penceroboh berkenaan, telah memberi amaran mereka tidak etragak-agak untuk menggunakan kekerasan terhadap kumpulan berkenaan supaya mereka meninggalkan Sabah.


Malaysia Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.