Tarikh
22 Februari seperti yang dihebahkan kononnya berlaku pembubaran Parlimen
berlalu begitu sahaja. Kini muncul pula spekulasi baru oleh Pengerusi
SPR Datuk Wan Ahmad yang membayangkan PRU13 berlaku selepas LIMA di
Langkawi.
Hujahnya
agak kuat, kerana persiapan untuk LIMA sudah berlangsung selama dua
tahun di samping Najib adalah bekas Menteri Pertahanan yang sudah
sinonim dengan penganjuran LIMA.
Betul
juga, takkanlah Perdana Menteri nak lepaskan penganjuran LIMA begitu
sahaja dalam keadaan tidak pasti sama ada beliau masih Perdana Menteri
atau tidak, sewaktu program besar itu dirasmikan.
Dari
mulutnya sendiri, beliau mahu biar semua orang merasa ‘letih’ dalam
membuat persiapan menghadapi PRU13.
Kenyataan itu semacam PRU tidak
diadakan dalam masa terdekat, walaupun tempoh yang berbaki hampir rapat
ke garisan penamat.
Semua
yang sepatutnya dibuat oleh seorang Pengerusi BN dalam mempertahankan
kerajaan Pusat sudah disempurnakan. Semua golongan masyarakat telah
disantuni, malah ada yang diulang berkali-kali seperti golongan muda dan
Felda.
Ganjaran dilaburkan untuk ‘merasuah’ rakyat kali ini adalah yang
terbesar sejak pilihanraya umum diadakan di negara ini.
Isu untuk
menyerang pembangkang pula sudah terlalu lumayan digunakan, dari sebesar
perkara hinggalah sekecil-kecil perkara. Isu seremeh dakwaan Tok Guru
Nik Aziz yang mendakwa, BN buat rakyat umpama haiwan pun diputarbelit
menjadi ‘Nik Aziz dakwa rakyat haiwan’. Keganasan sudah, ancaman sudah,
pujuk rayu pun sudah.
Anehnya semua itu tidak mampu untuk melonjakkan
sokongan terhadap BN, sehingga Najib tidak jumpa tarikh pembubaran
Parlimen.
Dalam tempoh yang berbaki ini, keajaiban terakhir yang
diharapkan beliau cuma satu – Pakatan Rakyat berpecah! Hanya dengan
perpecahan antara parti komponen pakatan maka BN akan selesa
mempertahankan kuasa.
Usaha
meretakkan Pakatan dibuat dalam tempoh yang agak panjang, bermula
selepas Pakatan berjaya membentuk kerajaan di lima buah negeri. Antara
KeADILan, DAP dan PAS, cabaran yang paling kuat dihadapkan oleh BN ialah
PAS.
PAS sudah sinonim dengan perjuangan Islam, justeru segala elemen
yang bertentangan dengan Islam menjadi sensitif kepada PAS. Maka elemen
itulah yang dijadikan peluru perang saraf dalam usaha untuk melemahkan
daya juang ahli-ahli PAS.
Isu moral pemimpin Pakatan bukan PAS, arak,
pusat hiburan, LGBT, pluralisme, liberalisme, matlamat negara Islam,
hudud dan terkini – kalimah Allah, digunakan habis-habisan agar PAS
meninggalkan Pakatan namun tetap tidak berhasil. Pemimpin tidak
berprinsip yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam PAS digunakan.
Bekas pengikut bawahan yang jahil kini berpaling tadah, juga dinaiktaraf
dan digunakan sebaiknya untuk menyerang PAS, nampaknya tidak juga
berkesan.
Memberi
imej buruk DAP terhadap Islam serta segala ‘bukti-bukti’ mengenainya
dibuat oleh jentera propaganda BN dengan penuh istiqomah, gagal juga.
Maka usaha terdesak BN dengan memperalatkan ulamak upahan ialah dengan
mengeluarkan fatwa bahawa haram mengundi PAS kerana DAP.
Empat dekad PAS
diserang kerana kononnya mengaitkan politik dengan hukum agama, kini
Umno menjilat kahak apabila mereka sebenarnya yang mengeluar hukum halal
haram mengikut paradigma politik. Apa pun ia masih tidak berkesan.
BN tidak
pernah mengenal putus asa, meskipun harapan untuk memecahkan antara
parti komponen Pakatan menjadi semakin tipis. Mereka berusaha lagi terus
ke dalam parti komponen utama pula, iaitulah PAS.
Di
Kedah, BN mengeksploit isu perbezaan pandangan antara pemimpin PAS untuk
dinaiktaraf menjadi isu besar. Isu asalnya hanya berbeza pendapat
segelintir ahli di akar umbi terhadap isu tempatan, lalu ia diubah dan
digubah menjadi penentangan terhadap kepimpinan Ustaz Azizan Razak.
Beliau
kononnya didesak melepaskan jawatan oleh ahli-ahli PAS Kedah. Saya tidak
mahu mempertikaikan hujah mengapa Azizan mesti melepas jawatan oleh
orang yang segelintir itu, tetapi melihat kepada waktu, suasana dan cara
bertindak – jelas ia bukan budaya orang PAS.
Ahli PAS ada tarbiyah,
tidak melepas geram dengan mencanang ke seluruh dunia masalah dalaman,
mereka bertindak mengikut saluran.
Mereka tahu bahawa keutamaan terkini
ialah menghadapi dan memenangi PRU. Maka jelas apa yang berlaku di Kedah
itu agenda UMNO. Kepada yang tersasul patut kembali ke pangkal jalan.
Di
pusat, BN mengatur agenda yang serupa. Mereka cuba menghilangkan
kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di kalangan anggota PAS,
lalu mencadangkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai alternatif.
Percubaan
Umno untuk memecahkan PAS dalam dalam itu sungguh menjolok mata.
Di
Kedah atau di Pusat, bukan masanya untuk PAS memikirkan semua sekarang
ini. Sekarang ialah masa untuk mengalahkan BN dalam PRU. Itu
keutamaannya.
Syaitan
tidak pernah putus asa untuk menghasut dan menyesatkan manusia. Umno pun
sentiasa istqomah untuk memecahbelahkan Pakatan dan PAS kerana itu saja
caranya Umno mampu pertahan kuasa.
Keajaiban terakhir itulah yang
diharapkan Najib untuk berlaku, sehingga dia melambat-lambatkan
pembubaran Parlimen.
Ikuti perkembangan politik di negeri negeri utara di laman
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.