MARAN, 27 Feb - Kerajaan Negeri Pahang digesa menyiasat isu pencerobohan tanah secara haram yang melibatkan Ketua Wanita UMNO Pahang, Dato' Hajjah Rosni Zahari (foto).
Difahamkan kini beratus-ratus ekar tanah yang terletak di kawasan Hutan Bukit Segumpal, dekat sini kini telah diterokai secara haram dan dipercayai didalangi oleh pemimpin terbabit.
Rosni yang juga merupakan Exco Wanita UMNO Pusat
itu kini dikatakan telah mengumpul kekayaan yang cukup luar biasa hasil
keuntungan menjual tanah-tanah yang telah dicerobohi itu.
"Bayangkan mereka jual tanah yang diceroboh itu antara RM50,000 hingga RM700,000 seekar. Saya
melihat sendiri pencerobohan secara berleluasa yang melibatkan
beratus-ratus ekar tanah yang kini telah digondolkan. Mereka gunakan
kuasa untuk menutup segalanya..
Semua sudah ditutup rapat-rapat...
bahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pernah datang
untuk menyiasat pun akhirnya balik begitu saja...
Balaci mereka ada
dimana-mana termasuk di Pejabat Tanah Dan Daerah Maran dan Pejabat
Pengarah Tanah Dan Galian Pahang (PTG). Ini menyebabkan kerja jahat
mereka dilindungi ....
Pernah satu ketika pihak PTG datang untuk
menyiasat.. tetapi ada balaci mereka yang hantar laporan supaya semua
jentera untuk menggondolkan tanah-tanah berkenaan dikeluarkan dari
lokasi", kata seorang saksi yang ditemui.
Sementara itu, beberapa orang penduduk Felda Jengka 7 yang bersempadan dengan lokasi tanah terbabit berkata, sebelum ini anak-anak mereka pernah membayar antara RM200 hingga RM300 seorang kepada Pemuda UMNO
di kampung terbabit untuk projek tanah kelompok di kawasan berkenaan.
Setiap kali pilihanraya mereka dijanjikan tanah terbabit.
"Tak
silap pak cik hampir 200 orang memohon termasuk anak-anak peneroka di
perantauan.. Namun, segala janji-janji tersebut palsu belaka .. malah
ADUN Chenor (Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin) yang sepatutnya
menguruskannya pun sudah meninggal dunia tahun lalu.
Sangkaan kami,
menjelang PRU-13 ia akan diberi kelulusan .. namun sungguh hampa apabila
pemimpin wanita UMNO yang disanjung tinggi itu pula yang telah
menceroboh dan menjual tanah-tanah terbabit", kata salah seorang peneroka yang ditemui.
Difahamkan, balaci yang menjadi orang suruhan Rosni adalah anak peneroka Felda Jengka 7 sendiri yang dikenali sebagai "Sani Khamis". Beliau
kini katanya bermewah hasil kelicikan mereka menjual tanah-tanah
berkenaan dan mengaut keuntungan secara haram.
Beliau pernah dengan
angkuh mengatakan tiada siapa yang akan berani menganggu aktiviti mereka
kerana "bossnya" sudah membayar semua pihak yang terbabit.
Malah, dia
mencabar pula mereka yang berani membawa kes itu ke mahkamah kerana dia
yakin akan pengaruh politik Rosni boleh mengelakkan daripada beliau dan
yang lainnya didakwa atas kesalahan menceroboh tanah secara haram itu.
"Bayangkan,
ada yang pembeli orang luar yang sanggup membayar sekitar RM70,000
untuk tanah seluar 10 ekar. Malah, kadar minima yang dihadkan untuk
jualan ialah 3 ekar dengan harga antara RM10,000 hingga RM15,000.
Mereka
jual tanah haram tanpa geran dan tanah itu adalah tanah kerajaan. Tidak
cukup dengan jual tanah, mereka makan lagi duit balak yang ditebang
kerana itu hak mereka... pembeli hanya dapat tanah sahaja.. balak
mereka sapu.
Malah, kerja-kerja pembersihan termasuk membina longkang
semua akan dicaj kepada pembeli termasuklah untuk tanaman semula dengan
pokok-pokok sawit.
Maknanya mereka untung berlipat kali ganda dari jual
tanah, tebang hutan balak, pembersihan dan tanam sawit.
Selepas tanah
dibeli barulah mereka akan uruskan dengan Pejabat Daerah & Tanah
Maran untuk diukur dan diberikan geran.
Kami anak-anak peneroka yang
mengharapkan tanah kelompok di situ hanya tengok saja tanpa boleh
berbuat apa-apa..
Bila diajukan kepada pihak berkenaan mereka kata ada
orang besar sudah cover line (pemimpin wanita UMNO terbabit)", kata seorang lagi peneroka yang cukup kecewa dengan senario tersebut. Justeru, Kerajaan Negeri Pahang digesa
menyiasat laporan ini demi keadilan untuk semua pihak.
Bayangkan orang
lain terpaksa memohon tanah berpuluh tahun lamanya tetapi dengan mudah
seorang pemimpin UMNO seperti itu menggunakan kuasanya untuk menjual
tanah-tanah terbabit secara haram. Sedangkan ramai lagi rakyat yang
memerlukan tanah sekarang.
Isu Pernah Di Dedah Oleh Bekas Pemimpin UMNO Sendiri
Sebelum ini, pada tahun 2009 yang lalu Allahyarham Dato' Tan Aminuddin Ishak (foto) yang ketika itu memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, pernah mendedahkan terdapat ada ahli politik tamak yang terbabit dalam pencerobohan tanah milik kerajaan negeri seluas kira-kira 5,500 hektar di Pahang.
Isu Pernah Di Dedah Oleh Bekas Pemimpin UMNO Sendiri
Sebelum ini, pada tahun 2009 yang lalu Allahyarham Dato' Tan Aminuddin Ishak (foto) yang ketika itu memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, pernah mendedahkan terdapat ada ahli politik tamak yang terbabit dalam pencerobohan tanah milik kerajaan negeri seluas kira-kira 5,500 hektar di Pahang.
Beliau
berkata, kegiatan individu berkenaan dikesan itu apabila pencerobohan
tanah milik Kerajaan Negeri yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir
ini.
Menurutnya,
bagi mengatasi masalah itu, Kerajaan Negeri menubuhkan satu
jawatankuasa khas bagi merampas semula tanah diceroboh itu.
Menurut
beliau ketika itu, secara purata, kira-kira 500
hektar tanah milik kerajaan di setiap daerah diceroboh bagi diusahakan
dengan pelbagai tanaman kontan termasuk getah dan kelapa sawit secara
haram.
Ada
pihak menggunakan pengaruh ahli politik tertentu untuk ceroboh kawasan
terbabit, selain ahli politik itu sendiri menyalahgunakan kedudukan
mereka untuk terlibat dalam kegiatan ini.
Malah, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang walaupun ahli politik terbabit adalah penyokong kuat kerajaan.
Katanya,
mereka yang tamak itu bukan sahaja meneroka kawasan tanah kosong
kerajaan malah sanggup menceroboh kawasan hutan tadahan air walaupun ada
hukuman berat menanti.
Mereka tetap tidak kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya masih berdegil menceroboh tanah kerajaan.
Kerajaan
Negeri arahkan pihak penguat kuasa di setiap daerah bertindak tegas
membanteras gejala ini daripada terus berleluasa bagi mengelak lebih
banyak tanah diceroboh kata beliau ketika itu.
Maknanya disini, bekas
Exco terbabit sudah menyedari perkara ini namun sayangnya beliau gagal
berbuat apa-apa atas pengaruh politik.
Kini, Allahyarham Dato' Tan sudah
tiada, maka itulah mungkin menyebabkan pihak berkenaan begitu bersenang
leang dengan aktiviti haram mereka ini.
Namun, "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". Malah, Menetri Besar Pahang sendiri dalam satu kenyataan pernag menasihatkan semua pihak agar tidak menceroboh tanah kerajaan.
[Pendedahan ini diharap dapat menyedarkan rakyat Pahang betapa khianatnya pemimpin UMNO ini hingga sanggup membelakangkang undang-undang untuk mengumpul kekayaan peribadi masing-masing.
[Pendedahan ini diharap dapat menyedarkan rakyat Pahang betapa khianatnya pemimpin UMNO ini hingga sanggup membelakangkang undang-undang untuk mengumpul kekayaan peribadi masing-masing.
Jika inilah keadaannya maka sudah
menjadi kewajipan kepada rakyat Pahang membuat perubahan dengan menolak
UMNO BN pada Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang ini sebenarnya.
Difahamkan, Rosni kemungkinan besar akan menjadi calon BN pada
pilihanraya umum akan datang.
Malah dia kini sibuk melobi untuk
bertanding semula di kawasan yang pernah dimenanginya dulu iaitu DUN
Kuala Sentul dalam Parlimen Maran yang kini diwakili oleh anak saudara
Allahyarham Dato' Tan iaitu Dato' Shahaniza Shamsuddin.
Persoalannya
sekarang, apakah wajar Rosni menjadi calon BN jika ini sikap beliau dan
aktiviti beliau selama ini?.
Maka itu, rakyat perlulah menilai dan
berfikir sebelum membuat apa jua keputusan. Rakyat Pahang masih ramai
lagi yang tidak mempunyai tanah hatta satu lot rumah sekali pun.
Tiba-tiba ada pemimpin UMNO yang tergamak merompak dan menceroboh tanah
secara haram untuk kepentingan peribadinya sendiri.
Malah terdapat
laporan, menjelang pilihanraya umum ini mereka juga akan menceroboh
tanah secara haram di kawasan Hutan Simpan Jengka yang terletak begitu
hampir dengan tanah-tanah yang telah dicerobohi selama ini. Ubah sebelum
parah!].
PAHANG DAILY ONLINE
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.