Wednesday, February 27, 2013

Panas: Exco Wanita Pusat Di Percayai Dalang Kes Ceroboh Tanah Secara Haram Di Maran Pahang !!

 

MARAN, 27 Feb - Kerajaan Negeri Pahang digesa menyiasat isu pencerobohan tanah secara haram yang melibatkan  Ketua Wanita UMNO Pahang, Dato' Hajjah Rosni Zahari (foto)
 
Difahamkan kini beratus-ratus ekar tanah yang terletak di kawasan Hutan Bukit Segumpal, dekat sini kini telah diterokai secara haram dan dipercayai didalangi oleh pemimpin terbabit. 
 
Rosni yang juga merupakan Exco Wanita UMNO Pusat itu kini dikatakan telah mengumpul kekayaan yang cukup luar biasa hasil keuntungan menjual tanah-tanah yang telah dicerobohi itu.  
 
"Bayangkan mereka jual tanah yang diceroboh itu antara RM50,000 hingga RM700,000 seekar. Saya melihat sendiri pencerobohan secara berleluasa yang melibatkan beratus-ratus ekar tanah yang kini telah digondolkan. Mereka gunakan kuasa untuk menutup segalanya.. 
 
Semua sudah ditutup rapat-rapat... bahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pernah datang untuk menyiasat pun akhirnya balik begitu saja... 
 
Balaci mereka ada dimana-mana termasuk di Pejabat Tanah Dan Daerah Maran dan Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pahang (PTG). Ini menyebabkan kerja jahat mereka dilindungi .... 
 
Pernah satu ketika pihak PTG datang untuk menyiasat.. tetapi ada balaci mereka yang hantar laporan supaya semua jentera untuk menggondolkan tanah-tanah berkenaan dikeluarkan dari lokasi", kata seorang saksi yang ditemui. 
 
Sementara itu, beberapa orang penduduk Felda Jengka 7 yang bersempadan dengan lokasi tanah terbabit berkata, sebelum ini anak-anak mereka pernah membayar antara RM200 hingga RM300 seorang kepada Pemuda UMNO di kampung terbabit untuk projek tanah kelompok di kawasan berkenaan. Setiap kali pilihanraya mereka dijanjikan tanah terbabit.  
 
"Tak silap pak cik hampir 200 orang memohon termasuk anak-anak peneroka di perantauan.. Namun, segala janji-janji tersebut palsu belaka .. malah ADUN Chenor (Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin) yang sepatutnya menguruskannya pun sudah meninggal dunia tahun lalu. 
 
Sangkaan kami, menjelang PRU-13 ia akan diberi kelulusan .. namun sungguh hampa apabila pemimpin wanita UMNO yang disanjung tinggi itu pula yang telah menceroboh dan menjual tanah-tanah terbabit", kata salah seorang peneroka yang ditemui.  
 
Difahamkan, balaci yang menjadi orang suruhan Rosni adalah anak peneroka Felda Jengka 7 sendiri yang dikenali sebagai "Sani Khamis". Beliau kini katanya bermewah hasil kelicikan mereka menjual tanah-tanah berkenaan dan mengaut keuntungan secara haram. 
 
Beliau pernah dengan angkuh mengatakan tiada siapa yang akan berani menganggu aktiviti mereka kerana "bossnya" sudah membayar semua pihak yang terbabit. 
 
Malah, dia mencabar pula mereka yang berani membawa kes itu ke mahkamah kerana dia yakin akan pengaruh politik Rosni boleh mengelakkan daripada beliau dan yang lainnya didakwa atas kesalahan menceroboh tanah secara haram itu.



"Bayangkan, ada yang pembeli orang luar yang sanggup membayar sekitar RM70,000 untuk tanah seluar 10 ekar. Malah, kadar minima yang dihadkan untuk jualan ialah 3 ekar dengan harga antara RM10,000 hingga RM15,000. 
 
Mereka jual tanah haram tanpa geran dan tanah itu adalah tanah kerajaan. Tidak cukup dengan jual tanah, mereka makan lagi duit balak yang ditebang kerana itu hak mereka... pembeli hanya dapat tanah sahaja.. balak  mereka sapu. 
 
Malah, kerja-kerja pembersihan termasuk membina longkang semua akan dicaj kepada pembeli termasuklah untuk tanaman semula dengan pokok-pokok sawit. 
 
Maknanya mereka untung berlipat kali ganda  dari jual tanah, tebang hutan balak, pembersihan dan tanam sawit. 
 
Selepas tanah dibeli barulah mereka akan uruskan dengan Pejabat Daerah & Tanah Maran untuk diukur dan diberikan geran. 
 
Kami anak-anak peneroka yang mengharapkan tanah kelompok di situ hanya tengok saja tanpa boleh berbuat apa-apa.. 
 
Bila diajukan kepada pihak berkenaan mereka kata ada orang besar sudah cover line (pemimpin wanita UMNO terbabit)", kata seorang lagi peneroka yang cukup kecewa dengan senario tersebut. Justeru, Kerajaan Negeri Pahang digesa menyiasat laporan ini demi keadilan untuk semua pihak. 
 
Bayangkan orang lain terpaksa memohon tanah berpuluh tahun lamanya tetapi dengan mudah seorang pemimpin UMNO seperti itu menggunakan kuasanya untuk menjual tanah-tanah terbabit secara haram. Sedangkan ramai lagi rakyat yang memerlukan tanah sekarang.
Isu Pernah Di Dedah Oleh Bekas Pemimpin UMNO Sendiri

Sebelum ini, pada tahun 2009 yang lalu Allahyarham Dato' Tan Aminuddin Ishak (foto) yang ketika itu memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, pernah mendedahkan terdapat ada ahli politik tamak yang terbabit dalam pencerobohan tanah milik kerajaan negeri seluas kira-kira 5,500 hektar di Pahang.  
 
 
Beliau berkata, kegiatan individu berkenaan dikesan itu apabila pencerobohan tanah milik Kerajaan Negeri yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.  
 
Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, Kerajaan Negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi merampas semula tanah diceroboh itu. 
 
Menurut beliau ketika itu, secara purata, kira-kira 500 hektar tanah milik kerajaan di setiap daerah diceroboh bagi diusahakan dengan pelbagai tanaman kontan termasuk getah dan kelapa sawit secara haram.  
 
Ada pihak menggunakan pengaruh ahli politik tertentu untuk ceroboh kawasan terbabit, selain ahli politik itu sendiri menyalahgunakan kedudukan mereka untuk terlibat dalam kegiatan ini. 
 
Malah, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang walaupun ahli politik terbabit adalah penyokong kuat kerajaan.  
 
Katanya, mereka yang tamak itu bukan sahaja meneroka kawasan tanah kosong kerajaan malah sanggup menceroboh kawasan hutan tadahan air walaupun ada hukuman berat menanti.  
 
Mereka tetap tidak kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya masih berdegil menceroboh tanah kerajaan. 
 
Kerajaan Negeri arahkan pihak penguat kuasa di setiap daerah bertindak tegas membanteras gejala ini daripada terus berleluasa bagi mengelak lebih banyak tanah diceroboh kata beliau ketika itu. 
 
Maknanya disini, bekas Exco terbabit sudah menyedari perkara ini namun sayangnya beliau gagal berbuat apa-apa atas pengaruh politik. 
 
Kini, Allahyarham Dato' Tan sudah tiada, maka itulah mungkin menyebabkan pihak berkenaan begitu bersenang leang dengan aktiviti haram mereka ini. 
 
Namun, "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". Malah, Menetri Besar Pahang sendiri dalam satu kenyataan pernag menasihatkan semua pihak agar tidak menceroboh tanah kerajaan.

[Pendedahan ini diharap dapat menyedarkan rakyat Pahang betapa khianatnya pemimpin UMNO ini hingga sanggup membelakangkang undang-undang untuk mengumpul kekayaan peribadi masing-masing. 
 
Jika inilah keadaannya maka sudah menjadi kewajipan kepada rakyat Pahang membuat perubahan dengan menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang ini sebenarnya. 
 
Difahamkan, Rosni kemungkinan besar akan menjadi calon BN pada pilihanraya umum akan datang. 
 
Malah dia kini sibuk melobi untuk bertanding semula di kawasan yang pernah dimenanginya dulu iaitu DUN Kuala Sentul dalam Parlimen Maran yang kini diwakili oleh anak saudara Allahyarham Dato' Tan iaitu Dato' Shahaniza Shamsuddin. 
 
Persoalannya sekarang, apakah wajar Rosni menjadi calon BN jika ini sikap beliau dan aktiviti beliau selama ini?. 
 
Maka itu, rakyat perlulah menilai dan berfikir sebelum membuat apa jua keputusan. Rakyat Pahang masih ramai lagi yang tidak mempunyai tanah hatta satu lot rumah sekali pun. 
 
Tiba-tiba ada pemimpin UMNO yang tergamak merompak dan menceroboh tanah secara haram untuk kepentingan peribadinya sendiri. 
 
Malah terdapat laporan, menjelang pilihanraya umum ini mereka juga akan menceroboh tanah secara haram di kawasan Hutan Simpan Jengka yang terletak begitu hampir dengan tanah-tanah yang telah dicerobohi selama ini. Ubah sebelum parah!].
 
 
PAHANG DAILY ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.