Followers

Thursday, February 28, 2013

PANAS DAN TERKINI !!!! Najib lepas jawatan sekiranya Dr M mahukannya??? Written by Anuar Mohd Nor

Tidak akan saya bercerita selagi saya tidak mempercayai sumber-sumbernya dan sekiranya saya lakukan semestinya dalam bentuk persoalan tentang sesuatu isu atau berita yang belum sahih kebenarannya.

Namun kali ini saya ingin bertanya kepada Perdana Menteri Datuk Najib Tun Abdul Razak – adakah benar YAB mengeluarkan kenyataan – bahawa YAB akan melepaskan jawatan sekiranya Tun Mahathir berkehendakkan untuk YAB melepaskan jawatan.

Apa benarkan kenyataan itu – benarkan sekiranya Tun Mahathir Mohamed mahukan Najib melepaskan jawatan maka Najib akan melakukannya.

Kenapa sampai begitu dan mengapa sekiranya benar – Tun Mahathir mempunyai sebesar itu kuasa dalam Umno dan dalam kerajaan Malaysia.

Pernah www.umno-reform2.com menulis mengenai broker kuasa dalam Umno dan adakah Tun Mahathir sebenarnya broker kuasa itu. Kenapa sampai PM Malaysia ditentukan.


Adakah kerana ahli Umno masih tersekat dalam satu kongkongan masa sehingga tidak dapat melihat dan menilai keperluan hari ini.

Biarkan Dr Mahathir terus dalam legasi yang diciptanya tetapi ahli Umno kena bergerak jauh dari asyik terikat dengan kapsul masa yang dibentuk oleh Dr Mahathir.

Itu kalau benar kenyataan Najib Tun Abdul Razak bahawa beliau akan melepaskan jawatan sekiranya Tun Mahathir mahu secara “reverse” Najib mahu memaklumkan bahawa beliau terikat dengan Tun Mahathir dan mahu kita dalam Umno membebaskan Umno dari cengkaman lampau yang lambat laun akan mengikis Umno dari mata rakyat.
Najib perlu bertindak segera dengan berani – tidak sujud pada ugutan dan tidak tunduk pada sesiapa dalam memastikan Malaysia terus maju dan makmur.

Namun yang penting bebaskan Umno dari pengarah lama Dr Mahathir – ini zaman baru – kalau benar kenyataan Datuk Najib ini.

— umno-reform2.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.