PROF Madya
Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, anak kelahiran Machang, Kelantan, antara
pensyarah sains politik yang telah menggunakan banyak masa akademiknya
untuk mengkaji perkembangan politik, selain mengkaji pola pengundi dan
perkembangan pilihan raya di Malaysia dan Indonesia.
Selain tokoh akademik, beliau lebih dikenali sebagai penganalisis politik yang mempunyai kelas yang tersendiri dan penilaian terhadap perkembangan politik tanah air malah hasil kajiannya sentiasa mendapat rujukan pelbagai pihak khususnya ahli politik dan pihak berkepentingan terutamanya menjelang pilihan raya umum tahun ini.
Ikuti temu bual eksklusif Sinar Harian Online bersama beliau bagi mendapatkan gambaran sebenar politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai seorang penganalisis dan pemerhati politik, apakah telahan Prof berhubung peluang pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Malaysia?
AGUS: Jika melihat kepada ramalan dari hasil kajian yang dibuat oleh beberapa penganalisis sebelum ini, kedua-dua parti yang bersaing iaitu Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang sama rata.
Prof (Ulung Datuk) Dr. Shamsul Amri Baharudin meramalkan BN akan menang dengan 120 kerusi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang meramalkan PR akan menang dengan 125 kerusi, bekas Ketua Ekonomi Bank Islam memberikan peluang yang lebih baik kepada PR, dan begitulah juga dengan banyak kajian lain yang telah diberikan oleh para pengkaji dan penganalisis, lebih kurang seimbang sahaja peluangnya.
Tidak ada seorang pun penganalisis yang berani meramalkan mana-mana parti yang bersaing dapat memenangi dengan dua pertiga majoriti sepertimana yang biasa kita dengar sebelum ini.
Bagi saya pula, setelah penelitian dibuat kepada data yang ada, kedudukan sekarang adalah sengit.
Setiap parti masih mempunyai peluang yang seimbang untuk menang dengan kedudukan sekarang saya dapati BN selesa di 96 kerusi dan PR di 68 kerusi.
Selebihnya 58 kerusi lagi adalah kawasan menarik untuk diperhatikan kerana secara umumnya kerusi-kerusi tersebut mempunyai komposisi pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu sekitar 20 peratus.
Kelebihan dan kekurangan BN-PR
SINAR HARIAN ONLINE: Oleh kerana Malaysia satu-satunya negara Komanwel yang belum pernah menukar Kerajaan Persekutuan sejak lebih 50 tahun lalu, adakah Prof menjangkakan peralihan kuasa itu akan berlaku sepertimana yang berlaku di negara-negara jiran yang lain?
AGUS: Saya telah nyatakan bahawa, kedudukan setiap parti yang bersaing sekarang ini sengit dan masing-masing parti belum menunjukkan “winning posture” yang jelas bahawa mereka akan memenangi pilihan raya ini.
Banyak aspek lain yang perlu diberikan perhatian. Saya perhatikan isu-isu kempen, kekuatan jentera parti, janji-janji politik parti, kredibiliti calon, dan imej parti adalah seimbang. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan.
Jika dilihat dari aspek kewangan dan media, saya fikir kekuatan BN melebihi PR dalam soal ini. Tetapi kelebihan BN tidak jauh kerana sekarang ini yang menentukan kemenangan sesebuah parti tidak bergantung semata-mata kepada 3M ('money', 'machinery' dan media) sepertimana dahulunya, tetapi adalah sikap pengundi.
Inilah yang menarik untuk dikaji iaitu tentang sikap pengundi muda, pengundi bandar, pengundi kelas menengah, pengundi kampung, pengundi wanita, pengundi atas pagar, pengundi diam, pengundi Melayu dan bukan Melayu.
Dengan banyaknya faktor yang masih perlu diambil kira dan senario yang ada sekarang, terlalu awal untuk bercakap tentang perubahan kerajaan.
Satu yang saya pasti ialah jika kerajaan BN masih lagi dapat mengekalkan keselesaan hidup rakyat, maka peluang “status quo” kekal adalah tinggi.

Tsunami 2008 PRU13 berbeza
SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula tsunami politik 2008, sejauh mana Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan berjaya melenyapkan gelombang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti?
AGUS: Tsunami 2008 dengan PRU 2013 adalah berbeza. Tsunami 2008 datang tanpa dijangka dan di luar dugaan. Dalam PRU ini, apa juga keputusannya rakyat telah menjangkakannya kerana tidak ada satu parti pun yang akan menang dengan majoriti yang besar.
Apakah kepimpinan Perdana Menteri dapat melenyapkan tsunami 2008 dalam PRU ini?

Saya tidak fikir semudah itu kerana seperti yang saya katakan tadi,
semuanya adalah seimbang.
Apatah lagi dalam banyak program transformasi yang diumumkan oleh PM, rakyat masih belum menikmati lagi kejayaan dari program tersebut, cumanya dapat menerima beberapa bantuan sosial yang diberi secara “one-off” sahaja.

Saya tidak fikir sekadar bantuan “one-off” dapat melenyapkan tsunami
2008.
SINAR HARIAN ONLINE: Ada pihak mengatakan, tsunami 2008 itu berlaku disebabkan rakyat kecewa dengan kepincangan yang berlaku dalam BN, khususnya Umno baik dari segi salah guna kuasa, rasuah, sabotaj calon PRU12, politik wang dan perebutan kuasa.

Oleh sebab itu, rakyat beralih
arah kepada pembangkang untuk memberi pengajaran kepada BN supaya insaf
dan perbaiki kelemahan parti. Sejauh mana pandangan itu mempunyai
asasnya?
AGUS: Semua pandangan di atas mempunyai asasnya dan saling berkait antara satu sama lain. Namun, masih ada empat lagi faktor besar yang menyumbang kepada berlakunya tsunami 2008.
Pertama ialah kemarahan rakyat kepada kenaikan kos hidup disebabkan oleh tindakan kerajaan waktu itu menaikkan harga minyak dalam kadar yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin pun sebelum ini.
Kedua, pengaruh media alternatif yang cukup luar biasa dalam mempengaruhi pengundi muda dan kelas menengah untuk menolak kerajaan.
Ketika itu, kerajaan BN tidak memberikan perhatian yang besar sangat kepada pengaruh dan keberkesanan media ini berbanding dengan sekarang ini.
Ketiga, faktor calon BN yang menimbulkan ketidakpuasan hati pemimpin dalam BN sendiri. Hal ini panjang untuk dihuraikan tetapi telah dibahaskan dengan baik oleh ramai penganalisis sebelum ini.
Satu lagi faktor yang mempunyai persamaan dengan kedudukan BN sekarang ialah tentang janji-janji politik.
Jika pada 2008, rakyat menaruh harapan yang menggunung tinggi kepada slogan bekerja bersama saya, menghapuskan rasuah, dasar pembangunan koridor bagi setiap wilayah, sekarang ini rakyat juga meletakkan harapan yang tinggi kepada kejayaan pelaksanaan gagasan 1Malaysia, NKRA dan pelbagai program transformasi kerajaan.
Jika pada 2008, harapan tinggi rakyat gagal diterjemahkan dengan baik oleh kerajaan, saya fikir rakyat juga sedang menilai dengan penuh teliti kejayaan pelaksanaan dasar kerajaan seperti yang saya tadi.
SINAR HARIAN ONLINE: Pembangkang sangat sinonim dengan budaya himpunan jalanan dan demonstrasi di negara ini, yang terbaru ialah Himpunan Kebangkitan Rakyat atau #KL112 di Stadium Merdeka yang telah mencatatkan sejarah apabila ia berlangsung dengan aman, tanpa provokasi pihak tertentu dan tanpa keganasan yang melampau.

Adakah ia petanda awal
Umno-BN akan berkubur pada PRU13 apabila majoriti yang menyertainya
adalah orang Melayu?
AGUS: Saya tidak nampak kaitan sebuah perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung aman dengan petanda bahawa kerajaan BN akan berkubur dalam PRU13 nanti.
AGUS: Saya tidak nampak kaitan sebuah perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung aman dengan petanda bahawa kerajaan BN akan berkubur dalam PRU13 nanti.
Jika perhimpunan berlangsung aman, maka
itulah yang kita harapkan dan itulah yang kita mahu.
Biarpun majoriti yang hadir dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah orang Melayu, data yang kumpulan penyelidik saya kutip mendapati majoriti orang Melayu di desa, di tanah rancangan, hatta di bandar masih bersama dengan BN.
Yang menjadi masalah kepada BN sekarang ialah sokongan bukan Melayu kepada PR sekarang ini padu, satu kelainan ketara dari sikap pengundian mereka sebelum PRU 2008.

Jadi, masalahnya sekarang ialah BN menghadapi krisis keyakinan dari bukan Melayu, bukannya orang Melayu.
'One-off' hanya gula-gula sementara
SINAR
HARIAN ONLINE: Sejak akhir-akhir ini Datuk Seri Najib dilihat
mendahului pembangkang dengan mengguna pakai idea pembangkang yang
diubah suai berhubung program kebajikan seperti BR1M, Bantuan Awal
Persekolahan, rebat telefon pintar, PR1MA dan sebagainya.
Adakah BN
ketandusan idea untuk memikat hati pengundi dengan mengubahsuai idea
pembangkang dan menjadikan BN semakin popular. Sejauh mana ia memberi
kesan kepada sokongan dan menyumbang kepada peningkatan undi pada PRU13
nanti?
AGUS:
Menerima pakai idea pembangkang untuk memberikan bantuan kepada rakyat
adalah sesuatu yang baik. Sekurang-kurangnya kerajaan bersedia untuk
melaksanakan apa juga idea pembangkang yang baik untuk kesejahteraan
rakyat.
Persoalannya
bukan itu pada saya. Yang penting dijawab ialah sejauh manakah idea
pembangkang itu baik? Dan sejauh manakah bantuan 'one-off' itu memberi
kesan positif pada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat?
Saya
harus nyatakan tawaran mana-mana parti yang berbentuk 'one-off' itu
hanya sekadar gula-gula sementara kepada rakyat bagi mendapat sokongan
dalam pilihan raya.
Langkah PR yang menjanjikan banyak ‘barang percuma’
sekiranya memerintah dan selepas itu cuba diikuti rapat oleh BN bukanlah
dasar ekonomi yang baik.
Saya
kira dasar seperti itu tidak adil pada ekonomi negara yang memerlukan
banyak wang untuk membayar hutang luar dan menyediakan pembangunan
fizikal kepada rakyat.
Saya
harap selepas PRU13 nanti, dasar ekonomi negara dan sistem percukaian
negara perlu disusun semula supaya kerajaan boleh berlaku adil kepada
semuanya sama ada kepada rakyat mahupun ekonomi negara.
Terakhir
yang perlu saya jawab ialah sejauh manakah bantuan di atas mempengaruhi
sokongan pengundi? Saya tidak nampak memberikan kesan yang signifikan.
Rakyat tidak lagi ghairah dengan bantuan tersebut sehingga ada yang
sudah menganggap itu sebagai tanggungjawab kerajaan untuk memberikannya.
Rakyat
yang tidak menyokong kerajaan juga sudah diberitahu supaya ambil sahaja
bantuan yang diberi kerajaan, tetapi undi jangan bagi. Kesedaran
politik rakyat kita sudah semakin banyak berubah.
SINAR
HARIAN ONLINE: Bagaimana Prof melihat keterdesakan BN dan PR dalam
meraih sokongan hingga menjadikan politik samseng sebagai salah satu
cara untuk menjajah minda pengundi dan menyekat kebebasan menyampaikan
dakyah masing-masing kepada rakyat.
AGUS:
Rakyat tanpa mengira dari parti apa pun tidak boleh menerima politik
samseng. Jadi, bagi mana-mana parti yang menggunakan taktik ini,
yakinilah itu bukannya yang rakyat mahu.
Oleh
itu, harapnya kita sama-samalah meraikan perbezaan parti dan pendapat
dengan penuh semangat demokrasi.
Buat apa takut pada parti lawan
sehingga perlu kepada politik samseng? Saya tidak nampak relevannya
sikap seperti ini untuk mendapatkan undi rakyat.
Maksimumkan isu
SINAR
HARIAN ONLINE: Politik menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.
Sejauh manakah Prof melihat pelbagai isu kontroversi yang ditimbulkan
pelbagai pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang. Adakah mereka ingin
menjadikannya sebagai polemik hingga pilihan raya nanti?
AGUS:
Isu hudud, isu kalimah ALLAH, isu cincin, isu rasuah, isu Teoh Beng
Hock, isu air di Lembah Klang dan Kelantan dan apa juga isu yang boleh
dipolitikkan akan digunakan sampai ke tahap maksimum untuk mempengaruhi
rakyat dalam kempen pilihan raya nanti.
Ini
kerana isu adalah sentimen yang boleh mempengaruhi pemikiran pengundi.
Saya tidak ada masalah dengan penggunaan isu-isu dalam kempen politik,
tetapi masalahnya ialah apabila ada isu yang digunakan itu adalah
bersifat peribadi dan mengaibkan. Inilah yang tidak baiknya sehingga
menampakkan sikap politik kita yang jauh dari matang.
Oleh
sebab itulah, saya melihat ahli politik negara kita ini, adalah antara
yang terkuat mentalnya di dunia.
Ini kerana untuk terjun dalam arena
politik negara, maka mereka mesti bersedia bukan hanya sekadar menadah
telinga untuk mendengar pujian dan cacian, tetapi juga bersedia untuk
ditelanjangkan dan diaibkan.
Saya
sendiri jika ditanya bersediakah untuk terjun dalam dunia politik
praktis, saya akan segera jawab tidak mahu dan tidak mungkin kerana saya
tidak mempunyai kekuatan itu.
SINAR
HARIAN ONLINE: Bagaimana pula dengan layanan kerajaan kepada
pembangkang dari segi kebebasan bersuara menerusi media arus perdana
sepertimana yang diamalkan di Eropah dan negara barat yang lain?
Permintaan Presiden Pas untuk menjelaskan Amanat Haji Hadi menerusi
stesen tv kawalan kerajaan hingga ke hari ini menjadi persoalan dan
pembangkang melihat BN tidak mengamal dasar demokrasi yang luhur dalam
hal ini.
AGUS:
Saya tidak lihat pembangkang mempunyai peluang untuk mendapat liputan
berita yang baik dalam media perdana di negara kita. Sebab itulah ramai
sarjana mengatakan pilihan raya di negara kita ini bebas tetapi tidak
adil.
Bebas
kerana kita adakan pilihan raya secara berkala apabila tiba masanya dan
kita boleh terlibat dalam politik tanpa banyak gangguan, tetapi tidak
adil kerana media massa perdana dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan.
Mujurnya,
bagi mengimbangi penguasaan media perdana kerajaan, wujud media
alternatif yang membolehkan parti pembangkang turut bermain ‘politik
dalam ruangan.’
Tetapi
melihat dari sudut yang lain, saya dapati media pembangkang juga
mensensasikan berita sama seperti media kerajaan sahaja. Itu sudah
menjadi tahap profesionalisme kewartawanan berlesen yang ada di negara
kita.
Mengenai
kebenaran untuk (Presiden Pas Datuk Seri) Tuan Guru Haji Hadi (Awang)
muncul di TV kerajaan bagi menjelaskan isu Amanatnya, saya sudah
nyatakan sebelum ini bahawa Pas perlu mencari alternatif lain bagi
membolehkan Tuan Guru Haji Hadi memberi penjelasannya secara langsung,
iaitu melalui media online.
Hujah
saya ialah untuk menamatkan Amanat Hadi ini dari terus dipolemikkan.
Hujah orang kampung tidak boleh menontonnya jika diadakan secara
langsung melalui TV online kerana tidak ada kemudahan internet di rumah.
Telah
saya jawab dengan menyatakan perkara ini boleh dimuat naik dalam
Youtube atau jualkan sahaja kaset sepertimana amalan Pas sebelum ini.
Saya
kira, itu jawapan kepada kekangan yang ada. Tetapi nampaknya cadangan
saya tidak diterima.
Jika begitu, maka kesemuanya, baik di pihak BN atau
PR, sama-sama akan mempolitikkan apa juga isu asalkan di akhirnya akan
mendapat laba politik daripadanya.
Sidang Parlimen lebih segar
SINAR
HARIAN ONLINE: Pada pandangan Prof, sejauh mana pembangkang mempamerkan
kualiti perdebatan yang diharapkan di Parlimen mahupun di Dewan
Undangan Negeri (Dun)?
AGUS:
Pembangkang memainkan peranan yang efektif di Parlimen dan Dun (jika di
Dun, ini termasuklah peranan wakil rakyat BN sebagai pembangkang di
negeri yang dikuasai oleh PR).
Mereka banyak menimbulkan isu-isu
substantif yang wajar diberi perhatian oleh rakyat dan juga kerajaan.
Tindakan mereka di Parlimen dan Dun, suka atau tidak suka telah
membuatkan rakyat kita celik politik hari ini.
Masalahnya
adalah dari segi masa perbahasan yang singkat. Masalahnya adalah dari
segi mutu perbahasan sesetengah ahli parlimen yang menjadikan Parlimen
seperti pasar ikan atau pasar malam.
Harus diingat, yang menjadikan
sidang Parlimen itu kecoh bukan hanya dari parti pembangkang sahaja,
tetapi juga di pihak kerajaan.
Ada ketikanya mencelah tanpa izin, ada
ketikanya tidak ikut peraturan Dewan, ada ketikanya menggunakan 'point
of order' di tempat yang tidak betul.
Tapi
keseluruhannya, saya lihat Parlimen kita lebih segar dengan adanya
pembangkang yang kuat. Cuma yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana
hendak munculkan pembangkang yang sihat?
SINAR
HARIAN ONLINE: Apakah yang dapat Prof rumuskan berhubung landskap
politik di negara ini? Adakah masih di takuk lama atau sudah berganjak
kepada politik baru sepertimana yang dikatakan Datuk Saifuddin Abdullah?
AGUS:
Politik kita masih di takuk lama. Di kala dunia bercakap tentang
keterbukaan, politik kita masih lagi dipenuhi dengan fitnah memfitnah,
caci memaki, benci membenci dan keengganan elit politik untuk berubah.
Kempen mereka masih lagi dengan tawaran lama, tanpa ada satu tawaran
baru yang lebih menarik.
Ini saya lihat kekurangan utama yang ada
pemimpin BN khususnya, mungkin kerana sudah cukup selesa setelah sekian
lama berada di tampuk kuasa.
Selain
itu, di kala kita bercakap tentang hak-hak asasi rakyat, pemimpin kita
meminda undang-undang tetapi di akhirnya tidak banyak pun perubahan
substantif yang dibuat ke atas undang-undang tersebut. Ia sekadar
menukar minuman lama ke dalam botol baru sahaja.
Begitu
juga dengan pemimpin pembangkang, banyak juga yang masih belum selesai
dari segi tingkah laku mereka.
Apabila berceramah, mereka akan
menimbulkan kebencian dan menyumpah seranah orang. Ini bukan jiwa
seorang pemimpin yang besar.
Bercakap juga dengan modal idea yang tidak
berkembang dengan isu-isu lama yang sudah luput.
Pendekatan
politik Datuk Saifuddin Abdullah luar biasa pada saya.
Jiwa besar
beliau yang memahami aspirasi generasi kini akan menjadikan beliau
relevan dalam politik negara dan beliau berada dalam kelasnya yang
tersendiri.
Semoganya selepas PRU13 nanti akan muncul ramai pemimpin
seperti Datuk Saifuddin Abdullah dalam pentas politik negara.
Saifuddin ikon politik
SINAR HARIAN ONLINE: Apakah kerana Prof berkawan rapat dengan Datuk Saifuddin menyebabkan Prof berkata demikian?
AGUS:
Saya mengenali Datuk Saifuddin dan beliau mengenali saya, tapi kami
tidak pernah berbincang soal politik secara bersama.
Saya berkata
demikian kerana saya tahu ramai anak muda mengangkat beliau sebagai ikon
politik yang negara mahukan, bukan kerana beliau BN atau timbalan
menteri, tetapi kerana pendekatan politiknya yang mahu membawa perubahan
minda kepada ahli-ahli politik.
Saya setuju dengan beliau dalam soal ini, menerima yang baik itu sebagai baik dan yang buruk itu sebagai buruk.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.