Mahathir: Nafikan dulu buku ini. |
Saya tidak nampak kenyataan dan dakwaan Salleh
itu memberi impak besar dan tidak akan tersambung.
Tentu akan ada
hulubalang lain akan menyambung dakwaan Salleh itu. Apa dilakukan
Salleh itu sekadar membuka idea, macam mana untuk mengelakkan rakyat
Sabah membenci Umno.
Bagaimana pun Anwar Ibrahim terus membalas kenyataan Salleh itu secara ringkas dengan mengatakan dia tidak terlibat. Barang kali kenyataan itu sudah mencukupi bagi Anwar, tanpa memberi hujah dan bukti tambahan.

Dan
mereka yang mengikuti perbicaraan dan siasatan RCI ternanti-nanti dengan
penuh minat untuk mengetahui perkembangan selanjut.
Setakat ini siasatan RCI tidak terkeluar nama Anwar dan nama-nama lain lebih besar yang terlibat dengan projek huduh nasional itu.

Yang
terkeluar ialah dua nama bekas menteri kabinet, Abdul Aziz Shamsuddin
dan Megat Junid Megat Ayub di samping nama seorang bekas KM Sabah, Osu
Sukam.
Orang pun faham apabila dua nama bekas menteri kabinet itu
disebut dan keluar. Orang tahu menteri kabinet itu menjadi 'anak ayam'
kepada siapa. Menjadi boy kepada siapa?
Megat Junid (sudah mati) dan Abdul Aziz Shamuddin tidak mesra dengan Anwar. Walaupun mereka berada dalam parti sama, tetapi jarang malahan boleh dikatakan tiada langsung agenda Umno yang digerak oleh mereka bersama. Masing-masing bergerak mengikut arah pandu berbeza.

Dalam kata lain Aziz bersama Megat Junid tidak akan berpakat
dengan Anwar kerana mereka sebenarnya adalah 'bermusuh' di antara satu
sama lain.
Mereka bertentangan bukan saja dari ideologi atau aliran
pemikiran, tetapi Abdul Aziz Shamsuddin adalah memusuhi Anwar secara
tersendiri.
Berdasar chemistry itu jelas apa didakwakan oleh Salleh Said Keruak itu hanya tuduhan semata-mata. Satu palitan fitnah untuk memburukkan reputasi Anwar yang masa kini semakin mendapat sambutan di Sabah.

Salleh sepatutnya mendedah apa-apa bukti penglibatan Anwar lebih
jauh dari itu dan bukan sekadar membuat tunduhan bersifat 'lancau'.
Jadi hari ini bila orang yang pernah mendapat jolokan Mahafiraun, Mahathir Mohamad membuat pengakuan kononnya Anwar terlibat dalam projek IC palsu itu ia menempati apa yang saya bayangkan.

Saya sudah merasakan
idea Salleh Said Keruak itu akan diperpanjangkan oleh Mahathir, dan itu
yang diharapkan kerana Salleh sendiri tahu powernya tidak sekuat mana.
Dalam penjelasan hari ini Mahathir tidak menyebut dengan jelas penglibatan Anwar hanya berandaian.
Katanya Anwar suka berbuat sesuatu
tanpa arahan, kadang-kadang melebihi daripada apa yang dia buat. Nah
dengarlah, itulah jawaban mengubah jiwa orang (psykologi) yang selalu
Mahathir guna.
Itulah tektiknya. Dia suka memberi percakapan tanggung
untuk diterjemah oleh orang ramai mengikut dendangan iramanya. Bagi
orang yang bersujud sahwi dan taksub "dalalah" kepadanya akan
mempercayai apa yang diucapkan oleh Mahathir.
Katanya lagi, dia akan dedahkan penglibatan Anwar itu di mahkamah sekiranya di panggil memberi keterangan. Kenapa tunggu di mahkamah. Mahathir boleh dedahkan hari ini juga. Bila masa pula Mahathir menghormati mahkamah.

Dulu semasa dia mendedahkan afidavit untuk
memenjarakan Anwar, Mahathir tidak pun pedulikan peraturan mahkamah?
Tetapi kenapa hari ini perlu nanti mahkamah panggil?
Begitu pun kita alu-alukan Mahathir ke mahkamah dan begitu juga dengan Anwar. Kita harap RCI memanggil mereka berdua ini.

Walaupun tiada tanda
dan hubungan Anwar terlibat dalam projek itu tetapi kerana dia berada
bersama Mahathir dalam Umno ketika itu, kita boleh mengandaikan ianya
turut terlibat.
Memanggil Mahathir dan Anwar adalah tindakan terbaik.
Seperkara lagi saya hendak sebut di sini untuk difikir, siapakah terlibat atau tidak dalam projek IC palsu itu, ialah kehadiran sebuah buku berjudul "IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir?" yang ditulis oleh Mutalib M.D.

Buku
setebal 1,180 muka surat itu sudah lenyai diperkatakan oleh rakyat
Sabah. Mahathir kena jawab dulu dakwaan dalam buku itu sebelum mengheret
songsang Anwar dalam kemelut projek busuk itu.
Walaupun buku itu itu bukan merupakan laporan sahih yang disahkan oleh mana lembaga, tetapi ia boleh dijadikan panduan.
Di dalam buku itu nama
yang disebut dengan projek itu ialah Mahathir bukannya Anwar. Gambar dan
nama Mahathir tertera di muka depan, tiada wajah Anwar.
Kalau apa yang
didedahkan dalam buku palsu kenapa tiada tindakan ke atas penulis dan
penerbitnya.
Kalau Anwar terlibat dengan projek IC palsu sudah tentu gambar Anwar juga tertera sama dengan gambar Mahathir. Semasa isu projek IC palsu itu Anwar masih bersama Umno dan wajar ia dihukum sama ketika itu kalau dia terlibat.

Tetapi kenapa tidak. Kalau tidak kesemuanya sekurang-kurang
ada nama Anwar dikaitkan dengan projek syaitan dikenali itu.
Mudahnya kenyataan Mahathir mengaitkan Anwar dengan projek IC palsu adalah ulangan kepada sikap dan fiilnya yang suka mengenakan getah nangka kepada orang lain. Itulah kerja licik dan bijak Mahathir menyebabkan dia kelihatan tidak bersalah walaupun dia adalah pemuka utamanya. Dalam serbi serbi Mahathir berbuat begitu.
Tragedi Memali tahun 1985, Mahathir langsung tidak bertanggungjawab dan kejadian itu diletakkan atas bahu Musa Hitam. Kerugian Perwaja Steel di Terengganu melibatkan kerugian lebih RM800 billion Mahathir letakkan atas Eric Chia.

Kerugian projek kereta nasional, Proton, Mahathir
letakkan atas menterinya yang memberi AP kepada kereta luar. Ah,
bermacam-macam kerugian dan kejadian jenayah lain semuanya Mahathir
mengelak dan mencari kambing hitam untuk dijadikan korban. Mahathir
seorang yang berbohong tanpa berkerut kening, kata orang Kelantan.
Mengenai projek IC palsu ini Mahathir boleh elak tetapi orang tidak akan percaya yang dia tidak terlibat. Projek ini adalah skandal terbesar didalam negara ini yang menyebabkan negara boleh 'kalah perang' terlepas kepada orang lain.

Tidak dapat tidak sebagai menteri dalam negeri dan
perdana menteri Mahathir maha mengetahui mengenainya.
Salah satu kes
jenayah yang akan dituduh ke atas Mahathir sekiranya Pakatan Rakyat
memerintahkan nanti ialah mengenai memalsukan warganegara ini.
Seluruh rakyat yang faham dan mengetahui kuasa seorang perdana menteri tidak akan menolak penglibatan dan peranan Mahathir, lagi pun beliau sendiri sudah membuat pengakuan di luar mahkamah yang beliau berikan taraf warganegara kepada warga asing atas alasan Tunku Abdul Rahman pun berbuat demikian.

Mahathir boleh lari dan mengelak tetapi orang tidak akan mempercayainya. Hanya dua manusia saja yang mempercayai apa yang beliau katakan, pertama anaknya Mukhriz dan penyokong nombor wahidnya yang sanggup menjilat punggungnya, Inchek Ibrahim Ali. [wm.kl.5:00 pm 31/01/13]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.