BUKIT MERTAJAM:
Anak Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar mendakwa mantan Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamed bukan sahaja petualang yang mencetusan
pergolakan dalaman Umno sehingga dibatalkan pendaftarannya pada tahun
1987 bahkan sering mengeluarkan kenyataan yang mencabul persoalan
akidah.
Beliau
yang berceramah di Galeri Pejuang, Ceruk To Kun, Bukit Mertajam bersama
dua orang penceramah jemputan iaitu Ustaz Sharil Long dan Ustaz Hafizal
menambah, peristiwa pengharaman Umno tahun 1997 adalah angkara Dr
Mahathir apabila Ghafar didesak lawan Tun Musa Hitam.
Tamrin
yang menyertai PAS baru-baru ini berkata, Datuk Seri Anwar juga didesak
Dr Mahathir agar mencabar Tun Ghafar Baba yang dianggap sampah kerana
tidak dapat membantunya merealisasikan dasar Pandang Ke Timur dan
Wawasan 2020.
"Pada saya mantan Presiden Umnolah yang mencetuskan polimik sebenar dalaman Umno sendiri, kestabilan negara serta akidah.
(Buku Anwar lawan Ghafar pernah diterbitkan)
"Sejak
dulu jika dia tidak suka seseorang beliau akan mendesak orang lain cabar
dan beliau sendiri akan sembunyi tangan, " terangnya semasa berceramah
dalam program PAS Cawangan To Kun dan PAS Bukit Mertajam.
Peristiwa
terbesar mengakibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar juga dicipta oleh Dr
Mahathir sendiri setelah beliau mendapati kekuatan Anwar makin meningkat
dan sekiranya dibiarkan kemungkinan pengaruhnya akan hilang.
Jesteru itu, Anwar diinaya bukan sahaja dipecat bahkan ditangkap, difitnah dan diseksa dalam penjara.
Dr.
Mahathir adalah durjana sebenarnya, beliau sanggup melagakan orang lain
demi memastikan kedudukannya selamat dan terus berkuasa.
Waktu
nama Anwar tengah 'top', Mahathir mengambil peluang keemasan membuang
Ghafar Baba dari kabinet kerajaan dengan meminta Anwar lwan Ghafar.
Kes yang
terjadi pada Anwar juga berpunca dari perasaan kebimbangan beliau
ekoran penampilan Anwar dilihat lebih ke hadapan dari banyak segi.
Bila
Anwar jadi mangsa rakyat bangkit dan sampai sekarang isu pemecatanya
tidak boleh diterima oleh sebahagian ahli Umno sendiri.
"Tetapi, nak buat macam mana semua tunduk dengan 'DR M'," tegas beliau termasuk dirinya sebelum ini.
Rakyat
juga, kata bekas Pengerusi MARA itu, tentu masih ingat terlalu banyak
kenyataan Dr Mahathir yang boleh mengancam kestabilan negara apatah lagi
akidah.
Sampai
hari ini tambah Tamrin, siapa pun tidak boleh menghalang kenyataan dari
terus keluar dari mulutnya biarpun kadang- kadang memberikan kesan
terhadap sokongan Umno itu sendiri.
Terbaru
ujarnya, kenyataan berkenaan 'syaitan yang dikenali lebih baik dari
Malaikat yang tidak dikenali' bakal melihat Umno terus jatuh.
"Biarlah
dia keluarkan kenyataan merapu sebab Umno akan jatuh tidak lama lagi.
Mungkin diera DR M Umno menjadi terkenal dan selepas beliau pencen Umno
pun menjunam," jelasnya yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno
Malaysia.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.