Followers

Thursday, October 4, 2012

Kesian Najib.. Video #TanyaNajib Di Muat Naik Kali Kedua Pun Ramai Yang Dislike - Posted by Addin

 
Malam tadi Addin ada siarkan artikel berkenaan sesi google hangout #TanyaNajib yang telah mendapat sambutan cukup memalukan Najib sendiri .
 
Sesi goggle hangout itu telah menerima lebih banyak dislike berbanding like dan  dihujani  komen-komen yang memalukan Najib sendiri.Tak sampai 1 jam kemudian, video tersebut telah diprivatekan, berbeza dengan video sesi Google Hangout Anwar Ibrahim yang sehingga kini masih dapat ditonton.

Tujuan video tersebut diprivatekan dipercayai bertujuan menghalang lebih banyak lagi komen-komen pedas diberikan pengunjung dan menghalang lebih banyak undian dislike diberikan. Ianya dilihat sebagai usaha cuba menjaga air muka Najib.

Pagi tadi,  1 lagi video Google Hangout #TanyaNajib yang di uploadkan, juga kali ini telah mendapat lebih dislike berbanding like, video tersebut juga telah diberikan komen yang Najib pasti tidak akan membacanya.
Jelas Najib menjadi fenomena kebencian rakyat Malaysia. Penentangan kini tidak dibuat secara senyap lagi, tetapi secara di ruang terbuka. Tinjauan Addin, malam tadi di Twitter #TanyaNajib.. budak sekolah pun memberi komen yang negatif pada Najib.. so dapat bayangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.