Anwar cabar berdebat dia takut,, dengan siapa dia berani, wallahhu’alam!
Amboi, amboi ! di
parlimen semalam bukan main hebat lagi PM Najib menunjukkan belang dan
lagaknya. Di hina dan diperlekehnya ketua pembangkang (DS Anwar) sepuas-puasnya
termasuk belanjawan 2013 yang disediakan pembangkang.
Sebelum ini dah berbuih mulut Anwar mengajak Najib
berdebat soal kepentingan Negara. Najib menikus! Semalam DS Anwar cabar lagi
beliau berdebat soal bajet 2013, haram Najib tak peduli, sebaliknya meneruskan
lagak bodoh sombongnya ! Agaknya
hanya itulah
tahap keberanian yang Najib ada,, bercakap sorang-sorang di depan kemera
atau
media.
Wahai DS Najib! Ketahuilah bahawa sesungguhnya rakat Malaysia amat
malu mempunyai seorang perdana menteri yang penakut. Dalam perjuangan biarlah kita
bersilat di atas pentas yang sama, bukan
seperti yang Dato’ Seri buat sekarang!
Lagi satu,, pasangan biarlah sepadan, pipit
lawannya pipit, helang lawannya helang! Memang dah selayaknya ketua pemerintah
(PM) berlawan debat dengan ketua
pembangkang.
Janganlah tunggu DS Wan
Azizah jadi ketua pembangkang baru nak sambut cabaran! Malu !!
Akhir sekali kalau DS Najib anggap Anwar terlalu besar dan perkasa untuk dijadikan
lawan debatnya, apa kata kalau penulis
cadangkan Rafizi Ramli atau Mad Sabu saja yang cabar PM berdebat.
Beranikah Najib? Jangan-jangan teloq kecut habis!!
Oleh : rahimothman
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.