Monday, October 1, 2012

Najib hanya berani tunjuk lagak di depan kemera !

Anwar cabar berdebat dia takut,,  dengan siapa dia berani,  wallahhu’alam!  


Amboi, amboi !  di parlimen semalam bukan main hebat lagi PM Najib menunjukkan belang dan lagaknya. Di hina dan diperlekehnya ketua pembangkang (DS Anwar) sepuas-puasnya termasuk belanjawan 2013 yang disediakan pembangkang.  

Sebelum ini dah berbuih mulut Anwar mengajak Najib berdebat soal kepentingan Negara. Najib menikus! Semalam DS Anwar cabar lagi beliau berdebat soal bajet 2013, haram Najib tak peduli, sebaliknya meneruskan lagak bodoh sombongnya !  Agaknya hanya itulah tahap keberanian yang Najib ada,, bercakap sorang-sorang di depan kemera atau media.                                                                                                                                                            
Wahai DS Najib!   Ketahuilah bahawa sesungguhnya rakat Malaysia amat malu mempunyai seorang perdana menteri yang penakut. Dalam perjuangan biarlah kita bersilat di atas pentas yang sama,  bukan seperti yang Dato’ Seri buat sekarang!  
 
Lagi satu,, pasangan biarlah sepadan, pipit lawannya pipit,  helang lawannya helang!  Memang dah selayaknya ketua pemerintah (PM)  berlawan debat dengan ketua pembangkang.  
 
Janganlah tunggu DS Wan Azizah jadi ketua pembangkang baru nak sambut cabaran!  Malu !!

Akhir sekali kalau DS Najib anggap  Anwar terlalu besar dan perkasa untuk dijadikan lawan debatnya,  apa kata kalau penulis cadangkan Rafizi Ramli atau Mad Sabu saja yang cabar PM  berdebat.   
 
Beranikah Najib?  Jangan-jangan teloq kecut habis!!  

 
Oleh : rahimothman

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.