Followers

Monday, September 24, 2012

Setelah Berjaya MENUMBANGKAN Shahrizat Kini Nong Chik Nak Bertanding Di Lembah Pantai - by Roslan Alan



Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13, kepada pucuk pimpinan BN.

Ketua Umno Lembah Pantai itu berkata beliau telahpun memaklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri.

"Saya telah banyak kali memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, sekiranya saya dicalonkan dalam pilihan raya ke-13 kelak, saya mahu bertanding di Lembah Pantai walaupun ia dikatakan sukar untuk dimenangi, berbanding Putrajaya dan Labuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pencegahan Jenayah anjuran Persatuan Alumni kaum India Universiti Malaya (PANI-UM) dengan kerjasama Persatuan Kemajuan dan Kebajikan Masyarakat Lembah Pantai di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di Kuala Lumpur, hari ini.

Kerusi Lembah Pantai disandang Nurul Izzah Anwar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengalahkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihan raya umum 2008.

Ditanya mengapa beliau memilih bertanding di Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkata beliau menetap di kawasan itu, lebih 25 tahun dan berkhidmat kepada masyarakat setempat dalam apa jua keadaan.
  
"Saya mempunyai banyak pengalaman dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan isu-isu berkaitan masyarakat setempat dan bukannya seperti beberapa anggota politik lain yang hanya aktif ketika musim pilihan raya sahaja.

"Sudah tiba masanya untuk saya berkhidmat sebagai wakil rakyat dan benar-benar membuat kerja untuk warga Lembah Pantai. Bagaimanapun, saya akur sekiranya pucuk pimpinan memilih calon lain untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai," katanya.

Mengenai Program Pencegahan Jenayah anjuran PANI-UM itu, beliau mahu penduduk setempat dan persatuan penduduk bekerjasama dengan pihak polis dalam menangani kejadian jenayah, di sekitar Lembah Pantai.

Katanya penduduk perlu berperanan mencegah jenayah dan mengamalkan langkah keselamatan bagi mengelak diri menjadi mangsa serta melaporkan sebarang aktiviti jenayah, termasuk penagihan dadah atau mencuri kenderaan.

- Bernama



Walaupun menafikan tuduhan, RNC dibelenggu desas desus bahawa dialah orang yang mendedahkan skandal yang akirnya menyaksikan kejatuhan RM250 juta NFC, yang telah menyusahkan keluarga Shahrizat. 
 
Suaminya telah disiasat kerana pecah amanah dalam projek ternakan lembu negara, manakala tiga anak mereka belum lagi jelas nasib mereka kerana masih boleh ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana penyalahgunaan kuasa dan menyalahgunakan dana awam.

Walaupun Shahrizat sendiri tidak didakwa oleh SPRM, kerjaya dan reputasinya kekal hancur. Walaupun segala usaha dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelamatkannya, pemerhati politik yang berpengalaman meramalkan kerjaya politik Shahrizat sudah terkubur.

Bagi ramai pihak , kejatuhan Shahrizat sememangnya patut dan hukuman yang telah diterimanya setakat ini belum mencukupi atau setimpal dengan rasuah NFC yang terbongakr setakat ini. 
 
Walaupun begitu, penyokong kuat Umno masih terkejut dengan taktik kotor yang dilakukan oleh RNC, yang sendirinya juga pernah dituduh menyalah gunakan kuasa dan memberi manfaat kepada keluarganya melalui cara rasuah. 
 
RNC telah menafikan penglibatannya dalam mana-mana kes rasuah tetapi tidak dapat menepiskan syak wasangka bahawa dialah yang membocorkan skandal NFC – bukan untuk melaksanakan pembaharuan atau memerangi rasuah - tetapi untuk menyingkirkan saingan politik.

Sesetengah kelompok Wanita UMNO yang pro Shahrizat berkata, dia bersyukur kerana anak-anaknya 'terlepas', namun masih marah pada Najib dan RNC. 
 
Ini adalah kerana RNC yang telah berusia 59 tahun tidak mempunyai latar belakang politik yang jelas tetapi telah dipilih Najib sebagai Senator dan dijadikan Menteri penuh pada bulan April 2009 apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Abdullah Badawi.
 
 
Laksmana Bukit Bintang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.