Semalam
kecoh bila sebuah akhbar laporkan MCA kedah sokong hukum hudud
dilaksanakan.. umno yang memang tak nak hudud dilaksanakan tu dah hampir
pitam.. kenapa pulak MCA rakan baik dia sokong hudud pulak.
Memang
cemas la kejap umno semalam sampaikan mungkin ada mesyuarat dibuat
mereka, jika MCA benar sokong hudud,, Umno nak keluar BN. takpun umno tu
kene dibubarkan supaya MCA tak menang pilihanraya.
MCA
sokong hudud.. itu dah tikam umno dari brlakang. padahal beberapa orang
pemimpin umno sendiri pernah pertikai hukum hudud.. malah seorang bekas
pemimpin umno pernah cakap akan tentang habis-habisan jika hudud
dilaksanakan.
Takkan MCA lebih faham tentang hukum Islam berbanding umno?.. ini sungguh pelik.
Tapi hari ini umno boleh tarik nafas lega. MCA Kedah sebenarnya tak pernah pun sokong hudud...
MCA
Kedah dah pun mintak sebuah akhbar berbahasa Melayu memohon maaf
berikutan laporan akhbar itu yang bertajuk 'MCA Kedah Sokong Hudud'
semalam.
"Saya
sangat kecewa kerana lain yang ditanya dan lain pula yang ditulis.
Semasa temu bual itu berlangsung, saya tidak dengar pun wartawan itu
menyebut perkataan hudud tetapi apabila berita keluar, ia berkaitan
dengan hudud," Kata Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew.
Hurmmm.. umno mesti lega sekali kan... tak jadi umno nak keluar BN, sebab MCA tak sokong Hudud... sama macam umno jugak.
Tukang Lawan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.