Thursday, August 23, 2012

Umno Hampir Bubar Semalam Kerana MCA?

 
Semalam kecoh bila sebuah akhbar laporkan MCA kedah sokong hukum hudud dilaksanakan.. umno yang memang tak nak hudud dilaksanakan tu dah hampir pitam.. kenapa pulak MCA rakan baik dia sokong hudud pulak. 

Memang cemas la kejap umno semalam sampaikan mungkin ada mesyuarat dibuat mereka, jika MCA benar sokong hudud,, Umno nak keluar BN. takpun umno tu kene dibubarkan supaya MCA tak menang pilihanraya.

MCA sokong hudud.. itu dah tikam umno dari brlakang. padahal beberapa orang pemimpin umno sendiri pernah pertikai hukum hudud.. malah seorang bekas pemimpin umno pernah cakap akan tentang habis-habisan jika hudud dilaksanakan.

Takkan MCA lebih faham tentang hukum Islam berbanding umno?.. ini sungguh pelik.

Tapi hari ini umno boleh tarik nafas lega. MCA Kedah sebenarnya tak pernah pun sokong hudud...

MCA Kedah dah pun mintak sebuah akhbar berbahasa Melayu memohon maaf berikutan laporan akhbar itu yang bertajuk 'MCA Kedah Sokong Hudud' semalam.

"Saya sangat kecewa kerana lain yang ditanya dan lain pula yang ditulis. Semasa temu bual itu berlangsung, saya tidak dengar pun wartawan itu menyebut perkataan hudud tetapi apabila berita keluar, ia berkaitan dengan hudud," Kata Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew.

Hurmmm.. umno mesti lega sekali kan... tak jadi umno nak keluar BN, sebab MCA tak sokong Hudud... sama macam umno jugak.

 
  Tukang Lawan


  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.