Followers

Wednesday, August 15, 2012

PRU 13!!! PKR dan DAP yakin tambah 5 kerusi di Melaka, goncang kubu kuat BN



KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat (PR) yakin akan menambah lima kerusi di negeri Melaka — empat kerusi dewan undangan negeri (Dun) dan satu kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang.

Menurut sumber dari PKR, empat kerusi Dun yang bakal dirampas dari Barisan Nasional (BN) adalah Duyong, Klebang, Paya Rumput dan Machap.

"Kerusi Duyong dan Klebang akan ditandingi oleh DAP manakala Paya Rumput dan Machap pula, PKR akan meletakkan calon.

"Bagi kerusi parlimen pula, PKR yakin akan merampas Bukit Katil dari BN," kata sumber tersebut lagi.
Ketua Angkatan Mudah Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin sudah mula turun padang di kawasan Bukit Katil sejak dua tahun lalu. — Gambar fail
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin yang juga berasal dari negeri Melaka akan diberi tanggungjawab besar tersebut dan jika berjaya, akan menjadi kerusi parlimen pertama bagi PKR di Melaka.
  "Shamsul sudah mula turun padang di kawasan Bukit Katil semenjak dua tahun lalu.

"Nampaknya kali ini PKR akan meletakkan tokoh nasional di Melaka," katanya.

Pada pilihan raya 2008, Shamsul bertanding di kerusi parlimen Dungun dan kalah kepada calon BN.

Setakat ini, PR hanya mempunyai satu kerusi daripada enam kerusi parlimen di negeri Melaka iaitu di kerusi Kota Melaka yang dimenangi oleh DAP pada PRU 2008.

Jika Shamsul berjaya, BN hanya tinggal empat kerusi parlimen di negeri yang menjadi kubu kuat gabungan tersebut semenjak pilihan raya pertama diadakan pada tahun 1955.

Cakap-cakap telah kedengaran perdana menteri (PM) mahu menukar hampir kesemua calon menteri besar (MB) dan ketua menteri (KM) bagi BN dan Datuk Seri Ali Rustam yang begitu kuat di Melaka tidak terlepas dan bakal dibawa ke pusat.
 
Ahli parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron disebut-sebut sebagai pengganti kepada Ali.

Melaka mempunyai 28 kerusi Dun dimana BN menguasai 23 kerusi dan PR (kesemuanya DAP) memenangi 5 kerusi dalam PRU 2008. Sementara daripada enam kerusi parlimen, PR hanya memenangi satu kerusi di Kota Melaka  dan selebihnya BN.

Jika menang lagi empat kerusi, PR akan mempunyai sembilan kerusi dan BN hanya tinggal 19 kerusi Dun di negeri Melaka.

Walaupun masih memegang pemerintahan Melaka, Dun negeri tersebut akan bergegar dengan pertambahan suara pembangkang.

Negeri-negeri di Selatan Semenanjung Malaysia, yang selama ini menjadi kubu kuat BN menjadi sasaran PR seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

PAS serius untuk bertapak di Johor dan telah mengumumkan naib presidennya, Salahuddin Ayub untuk mengetuai PR bagi menyerang negeri kelahiran musuh tradisi mereka iaitu Umno.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membubarkan parlimen pada tahun hadapan bagi memberi laluan kepada PRU 13.

Sebelum ini, Najib pernah berkata, beliau yakin BN akan menawan kembali semua negeri yang terlepas ke tangan PR dan akan menggembalikan majoriti dua pertiga yang mereka hilang pada tahun 2008.MI


PASPB

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.