Presiden MIC, G. Palanivel hari ini melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang mengambil 21 graduan dengan kepujian kelas pertama untuk bekerja tanpa menyebut mana-mana pelajar kaum India yang cemerlang.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, katanya, terdapat graduan India mendapat kepujian kelas pertama dan kepujian kelas kedua atas daripada universiti awam, namun mereka ditolak untuk diambil bekerja atas sebab-sebab tertentu.
Semalam, Pengerusi SPA Mahmood Adam mengumumkan suruhanjaya itu akan pergi terus ke universiti tempatan dan luar negara mencari modal insan cemerlang di bawah sistem pengambilan baru berasaskan meritokrasi dan cepat.
Pencarian itu menawarkan pelajar-pelajar cemerlang bekerja terus dan seramai 18 graduan Bumiputera dan tiga graduan Cina dalam bidang kejuruteraan akan melaporkan diri untuk bertugas di Kementerian Kerja Raya.
Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau telah banyak kali membawa perkara tersebut kepada kerajaan dan perhatian Perdana Menteri Najib Altantuya pada mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.
Palanivel berkata, beliau telah mengemukakan senarai calon graduan India yang ditolak kepada Perdana Menteri seperti yang diminta.
"Bersaing dan menawarkan pekerjaan sebelum sektor swasta melaksanakannya adalah langkah betul dan ia langkah yang sangat proaktif dan baik tetapi saya mahu SPA beri perhatian khusus kepada pelajar India yang berjaya.
"Tidak kisah jika mereka tidak mendapat kepujian kelas pertama tetapi jika memperoleh kepujian kelas kedua atas adalah cukup baik untuk mendapat perhatian SPA," katanya.
Jalan Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.