Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan
negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah
pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.
"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan
membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya,
Datuk Donald Lim.
"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang
ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata
Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA
Selangor hari ini
Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat
sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk
mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.
Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari
Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita
PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.
http://www.malaysiakini.com/news/206668
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.