Ahmad dalam ucapannya juga mendakwa fatwa pengharaman Bersih 3.0 itu juga bertentangan dengan konsep amar makruf nahi mungkar.
Pada
6 Mei lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang
bersidang, memutuskan tindakan individu yang menyertai demonstrasi yang
menghasilkan natijah tidak baik termasuk Bersih 3.0 adalah haram.
Penjelasan itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim (gambar) di Dewan Rakyat petang ini.
Selepas
hampir sebulan dimainkan media Umno kononnya Bersih 3.0 difatwakan
haram, tiba-tiba hari ini Parlimen diberitahu kenyataan Majlis Fatwa
Kebangsaan tempoh hari bukan fatwa, sebaliknya adalah nasihat.
Beliau
juga turut membawa pandangan ulamak antarabangsa seperti Dr. Wahbah Az
Zuhaili dan Dr.Yusuf Al Qaradawi yang berpandangan sebaliknya.
Pengerusinya,
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, perbuatan itu
juga haram sekiranya ia mempunyai niat untuk menjatuhkan sebuah negara
yang sah dari segi undang-undang.
Parlimen Kota Raja
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.