Nampaknya
bekas perdana menteri Abdullah Badawi dapat menghidu tindakan
penggantinya Najib Razak yang cuba mengeluarkannya dari kerusi Kepala
Batas ntuk membolehkan orangnya sendiri dan dia telah bertindak terlebih
dahulu dengan memberi amaran kepada parti Umno.
“Najib
dan Mahathir sedang cuba bertindak sekarang. Jelaslah bahawa mereka
akan mengadakan pemilihan dalam parti sebelum PRU ke 13. Mereka
mempunyai alasan yang cukup untuk diberi kepada Majlis Tertinggi parti
bahawa jika PRU ke 13 diadakan dengan tergesa-gesa, mereka akan
berkemungkinan besar kehilangan kerajaan persekutuan.” Ahli parlimen
Batu dari PKR, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
“Ini
berkemungkinan benar namun mereka akan cuba melaksanakannya dengan cara
kotor. Dengan cara ini mereka akan dapat menyingkirkan semua musuh
mereka dalam Umno dan menggantikannya dengan orang-orang mereka termasuk
didalam parlimen. Jadi, jika mereka kalah sekalipun dalam pilihanraya
umum ke 13, mereka tidak akan perlu berhadapan dengan orang yang bakal
berpaling tadah dan berpegang pada jawatan parti dan boleh bersuara
dalam politik nasional.
Lebih banyak kejutan akan dijangka
Sudah
dijangka beberapa hari yang lalu, bekas menteri Kadir Sheik Fadzil
telah melancarkan sebuah parti politik baru, Ikatan, yang bertujuan
menghidupkan semula ‘Umno lama’ dan membebaskan diri dari cara politik
Najib sering bermain dengan perkauman dan agama.
Umno
yang ada pada masa ini adalah Umno Baru yang ditubuhkan oleh bekas PM,
Mahathir Mohamad setelah merebut kuasa daripada Tengku Razaleigh pada
tahun 1980-an dan perpecahan berlaku menyebabkan Umno yang lama telah
didaftarkan semula.
Kadir
yang keluar dari Umno pada bulan lalu dikatakan seorang yang agak
liberal didalam parti. Walaupun dia agak berprofil rendah, agak ramai
juga orang dalam Umno yang berpengaruh akan bersimpati padanya dan
mungkin juga akan menyertai Ikatan jika Najib dan Mahathir bertindak
melampaui batas. Antara mereka yang agak berserdehan dalam Umno termasuk
Tengku Razaleigh Hamzah dan Sabaruddin Chik.
Ikatan
wujud kesan daripada perpecahan dalam Umno dan ketidakpuasan hati
dengan Mahathir. Ramai yang kecewa apabila Najib melakukan apa saja kata
Mahathir termasuk melaksanakan cara lama yang begitu kolot dan kejam
dan telah merosakkan imej Umno itu sendiri. Namun Mahathir tidak Nampak
semua itu. Dia merasakan bahawa Umno sepatutnya lebih tegas dan telah
memberi amaran jika BN kalah dalam PRU ke-13, mereka tidak akan
menyerahkan kuasa dengan mudah.
Tiada kenyataan balas dari Pak Lah
Pak
Lah tidak memberi apa-apa kenyataan bahawa dia akan bertanding untuk
kerusi parlimen Kepala Batas yang dipegangnya sejak tahun 1978. Namun
demikian, media Umno telah sibuk menspekulasi siapakah yang akan diumum
untuk menggantikan tempatnya.
“Ini
memang cara Umno memukul beduknya. Sekalipun Pak Lah mahu bersara,
dialah yang akan mencari orang yang sesuai untuk kerusi kuatnya itu.
Kita tidak membina kubu kuat seperti itu lantas melepaskannya begitu
sahaja. Jika dia mahu, Kepala Batas akan diwariskan kepada Khairy- itu
yang pasti,” kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.
Dia
merujuk kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang berada dalam
tekanan di kawasannya sendiri iaitu Rembau dan berkemungkinan juga,
Chegubard atau Badrul Hisham Shahrin dari PKR akan mengalahkannya untuk
kerusi Negeri Sembilan itu.
Ada
cakap-cakap bahawa Khairy akan berpindah ke kubu kuat Pak Lah di Pulau
Pinang. Tetapi, bagaimana dia akan melakukan itu tanpa rasa malu dan
berhadapan dengan tohmahan dari Umno sendiri.
Boneka Khairy lwn ‘calon boleh menang’ Najib, tapi adakah mereka akan menang?
Menurut
The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno sedang
bergelut untuk kerusi Kepala Batas. Mereka adalah ketua pemuda Umno
Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican dan bekas duta Malaysia ke
Filipina, Ibrahim Saad, bekas ahli parlimen tasik Gelugor yang juga
timbalan menteri.
“Ibrahim
mungkin ada kelabihan disini dan dia juga ada kaitan dengan orang lama
manakala Reezal pula seorang mamak. Namun, Pak Lah mahukan reezal untuk
menggantikannya,” ada sumber memberitahu The Malaysian Insider, dengan
merujuk kepada Reezal yang berketurunan India Muslim.
Namun, disebalik faktor ‘mamak’ Reezal, dia bukanlah pilihan yang popular kerana dia juga dilihat sebagai boneka Khairy.
Ibrahim
yang merupakan timbalan menteri di Pulau Pinang semasa BN memerintah
negeri itu dilihat sebagai calon yang lebih berpotensi malah dia juga
rapat kepada Najib.
Pak
Lah, yang dikenali sebagai ‘Sleeping Beauty’ untuk satu tempoh
pemerintahan yang tidak lama, merupakan perdana menteri Malaysia dari
tahun 2003 hingga ke 2009. Menurut The Malaysian Insider, dia memenangi
kerusi Kepala Batas untuk kali yang ke lapan pada tahun 2008 dengan
majoriti undi 11,246 apabila menerima sejumlah 23,445 undi berbanding
Subri Mohd Arshad dari PAS yang mendapat hnaya 12, 199 undi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.