(Haji
Rahman [tiga dari kiri] menerima sijil keahlian seumur hidup beliau
dari Wahid dengan diperhatikan kakitangan Pejabat Agung PAS)
KUALA LUMPUR: Seorang
lagi bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS hari yang menampakkan
kebanjiran mereka ke dalam parti itu tidak boleh disekat lagi.
Hari ini, Hj Abdul Rahman Taib, mantan Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerima sijil PAS beliau.
Pesuruhjaya
PAS Terengganu, Haji Abdul Wahid Endut berkata fenomena bekas Pegawai
kanan kerajaan menyertai PAS tidak dapat disekat lagi.
Seorang demi seorang mula tertarik dengan perjuangan PAS yang memartabatkan Islam dengan Melayu menjadi terasnya.
Beliau
ditemui ketika menyerahkan Sijil Keahlian PAS kepada Hj Abdul Rahman
dalam satu majlis ringkas meraikan beliau di Pejabat Agung PAS sebentar
tadi.
Sebelum menyertai PAS, Hj Abdul Rahman pernah menyertai UMNO di kampongnya, Bukit Petiti, Manir, Terengganu.
Beliau
mula tertarik untuk menyertai PAS setelah pertama kali hadir program
Dailog Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) dengan PAS pada bulan
Mac, 2012 dan kemudiannya menyertai PAS pada bulan Mei, 2012.
Turut
hadir dalam majlis penyerahan Sijil Keahlian Seumur Hidup PAS adalah
kakitangan Unit Keahlian Pas Pusat diketuai oleh Pegawai Keahlian, Puan
Noriah Mohd Yunus dan Setiuasaha Perantau, Suhaimi Embong.
Ketika
menceritakan mengapa pula beliau menyertai PAS, Abdul Rahman Taib
berkata, kerana jawatan kanannya dalam LPP, beliau kerap diundang untuk
bersama pemimpin Umno dalam siri-siri ceramah.
Beliau
yang berasal dari Kampung Manir berkata, dalam ceramah-ceramah
tersebut, apa yang dikatakan oleh pemimpin Umno tidak sama dengan apa
yang dilakukan
mereka.
Rawatan Secara ‘Panadol’
Sebagai
contohnya, kata Abdul Rahman, pemimpin Umno sebenarnya bukanlah mahu
menyelesaikan masalah rakyat tetapi hanya memberi rakyat kesenangan
sementara.
“Sebagai
contoh, mereka ini(pemimpin Umno) mengatakan kalau kita nak selesaikan
satu-satu masalah, buat macam ‘panadol’ tak payah selesai secara serius
satu-satu isu itu,
“Contoh
kalau ada banjir, kalau ada bantuan beri supaya rakyat seronok sahaja,
seronok seminggu dua minggu pun cukup, tak payah bagi mereka (rakyat)
kekal senang selama-lamanya,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Selamat Tinggal Umno di Chukai pada 26 Mei lalu.
Justeru,
beliau menyedari perkara tersebut dan ‘berubah’ dari menjadi ahli Umno
kepada menjadi ahli PAS dan bersedia memberikan khidmatnya supaya PAS
dapat menggantikan Umno di negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke-13
akan datang.
“Sebagai
makhluk Allah semuanya tidak kekal semua berubah, saya dan rakan-rakan
semua berubah, dulu daripada Umno telah masuk PAS,
“Makhluk
mesti berubah, cuma Umno sahaja dengan slogannya dulu, kini dan
selamanya, seolah-olah tidak berubah, menentang fitrah Allah
SWT,”tambahnya.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.